Mencari Redha Ilahi

A

Pages

Monday 4 March 2013

catatan hati sang aku


                                             
  catatan hati sang aku 

          “ Ibu harap sangat anak bongsu ibu ni boleh jadi hafizah. Bolehlah bagi ibu syafaat nanti”, pesanan ibu masih terngiang-ngiang di telingaku  seolah-olah beliau masih ada di sini. Masih terasa hangat tangan ibu memeluk aku demi memujukku agar terus mempelajari kalam milik Tuhan ini. Kalau bukan kerana ibu, tidak mahu aku jejakkan kaki di sini. Kalau bukan kerana ibu, aku lebih rela menghabiskan waktu di rumah dan melakukan semula setiap hobi yang tertunda gara-gara SPM tahun lepas.

            Jauh di sudut hati, aku memberontak. Aku tidak mahu menjadi ustazah ! suatu ketika dahulu, aku merupakan salah seorang pelajar agama yang sangat mencintai bi’ah solehah. Tahajud, membaca al-quran, berpuasa sunat dan berzikir itu sentiasa kujaga rapi ibarat ia sudah sebati di dalam diri. Ibadah seolah-olah menjadi refleksi kehidupanku. Namun, diam-diam rupanya Allah Maha Mengetahui bahawa sinaran keikhlasan masih belum terbit dari lubuk hatiku.

“Adik ni macam hidup zaman untalah. “ Suatu hari kakak sulungnya bersuara. Kata-katanya disambut. Kata-katanya disambut gelak tawa bang ngah, kak cik dan bang teh. Aku sedar, bukan sekali dua dia berbicara. Bahkan berkali-kali.

Hatiku renyuk. Aku sudah tidak sanggup lagi dipulau dan dicemuh sebegini. Hati ini benar-benar. Hati ini benar-benar nekad. Penampilan ku ubah. Daripada jubah, aku memakai blouse singkat dan jeans. Tudung labuh kucampak, berganti selendang nipis bercorak vogue.

“Apa yang awak menungkan tu ?” Atiqah menegurku lantas menghilangkan segala lamunanku. Aku sekadar membalas pertanyaannya dengan senyuman. Dia lantas menarik tanganku menuju ke kafe. “ Jom, saya belanja awak makan. Aku mengangguk senang.

Atiqah Hanif merupakan satu-satunya sahabatku di sini. Tutur katanya lembut, perwatakannya sopan. Otaknya bijak mewarisi bapanya, Dr. Hanif, pakar psiakiatari terkenal di Malaysia. Oleh sebab dia datang daripada keluarga yang agak berada, maka aku senang bergaul dengannya. Yelah, enggang berkawan dengan enggang kan ?

********************************************************
“Tang!” Aku memalingkan kepala ke arah tempat pembuangan sampah. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan, aku terlihat kelibat seorang gadis berpurdah sedang mengutip sampah. Aku menggerakkan langkahku menghampirinya.

“Apa kau buat kat sini ?” Dia menundukkan kepala, cuba menyembunyikan wajahnya daripada dilihatku. Aku menjeling beg plastik di tangannya yang berisi tin-tin kosong. Aku memimikkan senyum. Sinis. “Cuma orang miskin je yang suka tempat-tempat kotor macam ni,” bisik  hatiku.

Aku mengambil dompet daripada poket bajuku. 2 keping not RM50 ku hulur dengan kasar. Dia yang dari tadi hanya menundukkan kepala, kini mula mengangkat wajah. Namun oleh sebab rasa meluat kepadanya, aku memaling tubuh membelakanginya. “sorrylah kalau kau rasa aku kurang ajar. Aku nak mintak kau berhenti cari sampah lagi. Bukan apa, aku tak sanggup asrama tu busuk bila kau masuk”. Dia masih diam. Aku menarik sengih puas. Cepat- cepat kaki ini kuderapkan menuju ke dorm. Meninggalkan dia di situ keseorangan, bersama tin-tin kosong itu.

“ Tiqaaaa !!!” Aku menyergahnya daripada belakang. Bahunya kutepuk kuat. Sengaja ku usik Atiqah yang lemah lembut itu. Tiba-tiba, wajahnya yang ayu itu membiru dan pucat tanpa setitik darah mengalir ke muka. Dia jatuh ke pangkuanku dengan longlai.
“Tiqa..” Aku menangis teresak-esak. Saya minta maaf. Saya takde niat nak buat awak macam ni”. Dia tersenyum manis seperti selalu. “Takpe, dah takdir Tiqa. Awak, nanti awak cari quran saya ye ? ada something saya simpan kat situ untuk awak..”. Suara Atiqah semakin lemah.
“ Tolong !!” aku menjerit sekuat hati. Tangannya semakin sejuk seperti ais. Kedua-dua kelopak matanya tertutup. Ketika itu, suara kecil di hatiku menyatakan dia telah pergi.

*******************************************************************
Bismillahirrahmanirrahim
Asslamualaikum warahmatullah

            Buat sahabatku, Nur Arifah yang sangat dicintai kerana Allah. Mungkin ketika surat ni sampai pada awak, saya dah tiada. Saya minta maaf selama ni saya rahsiakan penyakit saya kat awak. Sebenarnya, saya dah lama menghidap sakit jantung, sejak darjah 4 lagi.
            Awak, mama dan papa saya dah habis beribu-ribu ringgit untuk biaya kos rawatan saya. Kadang-kadang pernah terlintas di fikiran saya yang saya merupakan bebanan buat keluarga. Awak tahu apa yang saya buat ? saya kutip tin-tin kosong untuk dijual. Mungkin susah untuk awak percaya tapi memang sayalah orang yang awak Nampak kat tempat pembuangan sampah tu. Saya pulangkan duit awak balik, ye ? J
            Arifah saying, waktu saya bercucuk tanam kat dunia ni dah berakhir. Awak masih punya masa. Semoga awak mampu gunakan kesempatan yang ada untuk dapatkan redha-Nya. Doakan saya ditempatkan dalam kalangan orang yang bertaqwa. Semoga kita dapat bertemu lagi di syurga nanti. Uhibbuki fillah :’)
                                                                                                                     -Atiqah Hanif-

Read more...

Monday 28 January 2013

                                 Chatting Vs Texting



               Hana memasukkan nama dan kata laluan. Akaun Skype miliknya terpampang di skrin komputer. Matanya melilau mencari friend yang sedang online. Sebuah nama mencuri perhatiannya. Dia tersenyum.
                                                         
Hana   : Atok ! study ar. Online manjang.
Yusuf   :  Sejak bila aku kahwin dengan nenek kau?
               Haha. Tengah study add Math ni. Depan lappy~
Hana   : Tadi ada orang tu rajin. Siram pokok bagai..
Yusuf   : Eh mana tau ni? Ko lalu depan rumah aku ke?
Hana   : Yup. On the way nak pergi Mid..
Yusuf   : Tak singgah ? =p
Hana   : Takmo lah. Tadi aku dengan family. Tak pasal2 pulak mak ko ingat aku datang nak
              meminang kau. Haha.
Yusuf   : Haha. Tetibe pulak aku segan *(tutup muka pakai bantal)
Hana   : Gedik gila..haha =D Ok ar, mama panggil.
              Sambung lain kali =)
             Salam, kawan.


            Hana Naziha. Seindah namanya, indah juga orangnya. Sekali dia tersenyum sudah cukup untuk membuat orang lain cair. Barisan giginya tersusun rapi. Kemas. Hana juga memiliki intelektual yang tinggi. Ditambah pula dengan kesopananya, dia layak menyandang gelaran `Perempuan Melayu Terakhir`.
           
            Yusuf? Toksah cerita. Ramai perempuan tergila-gilakan Yusuf. Dia merupakan anak Melayu kacukan Itali. Anak matanya perang, hidungnya mancung dan berbadan tegap. Meskipun berpakaian simple, dia kelihatan cukup kacak. Yusuf juga seorang yang bijak, setanding dengan Hana. Yusuf seorang yang pemalu. Dia hanya memiliki seorang kawan perempuan iaitu Hana.

            Hana dan Yusuf merupakan kawan baik di alam maya tetapi malu-malu apabila di sekolah. Walaupun Hana kelihatan happy-go-lucky, tetapi hakikatnya Hana mempunyai masalah keluarga tersendiri. Yusuf bertindak menjadi pendengar yang setia. Begitu juga dengan Yusuf. Mereka seringkali berkongsi suka duka di alam Skype, Twitter, Facebook mahupun mesej.









Hana memandang Yusuf dengan wajah marah. Yusuf tidak mempedulikan Hana. Dia terus merayu kepada Allah agar diampunkan dosanya. Air mata Yusuf bercucuran laju seolah-olah air sungai yang mengalir deras. Keadaan sekelilingnya sudah tidak dipedulikan lagi.

            “ Ya Allah. Aku tak bersalah!” Yusuf melutut. Bersungguh-sungguh dia memohon ampun. “ Tapi dia !,” jarinya menghala kearah Hana. “ Dia yang selalu mengajak aku berbual perkara yang sia-sia. Lepaskan aku, Allah…”

            Hana menempelak. “ Tidak, Allah. Bahkan dia juga bersalah! Dia tak pernah mengingatkan aku untuk meninggalkannya. Lepaskan aku, ya Allah. Aku mohon keampunan Engkau..”, Hana merintih.

            Suasana di mahsyar ini sangat huru-hara. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Mahkamah pengadilan-Nya sungguh menggerunkan. Ia seolah-olah pementasan drama yang ditonton oleh semua manusia. Penelitian terhadap setiap amalan hamba-hambaNya sungguh halus.

            “ Cukup !” Satu suara menghentikan kata-kata mereka. “ Tiada erti kamu berbalah di sini. Segala perbuatan kamu di dunia telah tercatat di kitab itu. Masuklah ke dalam neraka dan rasakanlah pembalasan Allah. Sesungguhnya kamu berdua termasuk dalam kalangan yang rugi kerana telah melanggar batasan ikhtilat (pergaulan) yang telah Allah tetapkan”.

            Tiba-tiba Hana terjaga daripada tidur. Peluh dan air mata membasahi bajunya yang berwarna biru. Dia beristighfar panjang. Mimpi tadi masih bermain-main di fikirannya. Hana termenung. Adakah Allah sedang member teguran kepadanya?


Hana   : Apa kata kita stop chatting? J
Yusuf   : Tetibe je ni.. Kenapa? Aku buat salah ke?
Hana   : Mana ada kau buat salah
Yusuf   : Habis? Tetibe je. Alaa… kata kawan~
Hana   : Sebab kita kawanlah, kita kena stop buat benda lagha ni.
               Betul tak ? Aku nak kita kawan sampai syurga J
               Tak nak ar aku jadi penyebab kita masuk neraka. Naudzubillah.
Yusuf   : Hmm.. betul jugak. So, kita stop je ar. Tapi still kawan, kan?
              Kawan sampai syurga J
Hana   : Insya Allah. Semoga Dia redha J

                                                               ~Tamat~

Secebis nota daripada hati :
“….Kemudian pada hari kiamat sebahagian kamu akan saling mengingkari dan saling mengutuk. Dan tempat kembalimu ialah neraka, sama sekali tiada penolong bagi kamu”
[Ankabut : 25]

Read more...

Friday 20 April 2012

Jihad Juadah Jannah


Friend Request kusemak. Tertera beberapa baris nama sahabat-sahabat setingkatanku. Ada juga beberapa akhawat yang tidak kukenali. Kesempatan untuk berukhuwah ini kusahut segera. Allah S.W.T. berfirman :
Maksud: Sesungguhnya mukmin itu bersaudara
                                                                                                        (Hujurat : 10)
Namun, ada sebuah nama lagi yang tertinggal. Keliru untuk di’confirm’ sahaja atau di’ignore’. Yusuf Shufiuddin. Dua patah nama yang terus membiarkan aku dilema.
“Tak apalah. Dia kawan sama form”, tanpa berfikir lagi, aku menyenaraikan Shufiufddin dalam senarai nama rakan-rakanku.
Yusuf Shufiuddin. Dua patah nama yang cukup indah ertinya. Dua patah nama itu jugalah yang membuatkan ramai pelajar muslimat jatuh hati. Pakej lengkap yang diidamkan oleh seorang wanita telah dimilikinya. Kacak, bijak dan warak. Apa lagi yang mereka mahu? Poket berisi? Yusuf Shufiuddin ada. Namun, hatiku tidak pernah melekat padanya.
Sebuah notification tiba-tiba hadir memecah lamunanku. Segera kulihat dan kutekan. Page ‘home’ berganti dengan ‘Wall’ milikku.
Aku tergamam. Yusuf Shufiuddin, pengawas BADAR Sekolah Agama Menengah Islami Firdausi itu memberikan sebuah lagu nasyid kepadaku? Bukankah dia sangat menjaga batas pergaulan?
“Mungkin dia nak berdakwah”, kataku kepada diri sendiri. Tidak baik berburuk sangka. Kebanyakan buruk sangka atau suu dzon itu berdosa hukumnya.
Ruang komen yang telah disediakan oleh Facebook kuisi ringkas. “Shukran”.
Yusuf Shufiuddin segera menghantar sebuah mesej yang berbunyi, “Afwan, enti ni Ibtisam kelas 4 Al-Jabar kan?”
Aku membalas, “Ya. Enta 4 Ibnu Khaldun kan?”
“Yup.Thanks approve ana”.
“Welcome”.
“Dengar-dengar cerita, ikhwan dan akhawat Jabar semuanya jenis happy-go-lucky. Kelas tu kecoh kan? Haha. Enti pon sama ke?”
“Haha. Ye ke? Ana? Maybe. Tak silap ana, Khaldun pun sama je kan?”
“Hehe. Mana ada. Kitaorang baik tau”.
“Eleh, baik konon”, aku mencebik.
Aku melihat jam di skrin computer. 1.25 petang. Sudah masuk waktu zohor. Walaupun sibuk bagaimanapun kita menjaga ukhuwah sesame jantina mahupun yang berbeza jantina, Allah tetap yang paling utama.
“Eh, dah zohor lah. Solat jom”. Aku mengajak.
“Okay. Thanks ingatkan ana. Inilah namanya menjaga ukhuwah fillah kan? Okaylah. Assalamualaikum”. Shufiuddin mengakhiri perbualan.

************************************
Tafsir Quran yang terletak di rak segera kucapai.; Inilah surat cinta daripada Allah buatku. Mesti dibaca dan dijaga sentiasa. Pernah seorang senior memberitahuku dua perkara yang dapat melembutkan hati ialah zikr maut atau mengingati mati dan membaca Quran.
Istiadzah dan basmalah meniti di bibirku. Aku terus hanyut dibuai ketinggian bahasa kalam Allah ini. Namun, bacaanku terhenti pada dua potong ayat Al-Quran :
“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya”.
                                                                                                                   (Al-Mu’minun : 1-2)
Tafsir Quran kututup. Merenung jauh bagaimana solatku yang terumbang-ambing. Banyak lalai daripada mengingati-Nya. Padahal solat itu alat komunikasi untuk aku berhubung dengan Yang Maha Esa.
Terbayang facebook di mata. Al-Quran milikku kutinggal tepi. Tanpa berlengah lagi, aku membuka laman social itu. Senang hati melihat Shufiuddin juga sedang online. Aku menegurnya di chatbox.
Ibtisam      : Assalamualaikum.
Shufiuddin: Waalaikumussalam.
Ibtisam       : busy? Ana nak tanya something.
Shufiuddin : Nope. Tafaddhal.
Ibtisam       : Macam mana nak khusyuk solat?
Shufiuddin : Oh… 1) Istighfar dan baca surah An-Nas.
                                2) Fokus pada tempat sujud.
                                3) Bayangkan solat itu solat terakhir kita.
                                4) Bayangkan Kaabah ada di hadapan kita, kiri adalah neraka, kanan adalah          
                                    Syurga dan belakang kita pula ada malaikat Izrail.

Ibtisam       : Shukran. Actually ana dah try tapi still tak berjaya.
Shufiuddin : Ana pon. Maybe sebab dosa terlalu banyak.
Ibtisam       : Nampaknya ana kena qiam dan tahajjud lebih sikit lah kot.
Shufiuddin : Enti nak qiam esok?
Ibtisam       : Haah. Kenapa?
Shufiuddin : Ni nombor ana. 0123456789. Tolong kejut ana esok, boleh?
Ibtisam       : Err… Kenapa tak guna alarm phone je?
Shufiuddin : susah sikit nak bangunlah. Kalau ada orang kejut, semangat sikit nak bangun.
Ibtisam       : Okay. Insha-Allah.
Shufiuddin : Insha-Allah. Nak tidurlah. Night. Assalamualaikum.
Ibtisam       : Night. Waalaikumussalam.

Hati terasa berbunga-bunga bagaikan seisi alam ini milik aku. Bulan tersenyum riang. Bintang-bintang galak bersinar menutup cela si malam. Pohon melambai-lambai dibelai sang bayu. Semuanya indah. Moga esok hari ada bahagia menanti.
**************************************
“Hello. Assalmaualaikum”, suara garau di hujung talian menggegarkan hati kecilku. Terkelu lidah menjawab.
“Hellao?”, katanya lagi. Aku masih membatu. Selama ini aku tidak pernah berhubung dengan mana-mana lelaki selain keluargaku. Butamg merah kutekan mematikan panggilan.
Aku beristighfar berulang-ulang kali. Dek permintaan Yusuf Shufiuddin untuk mengejutkannya, aku menurutinya dan kerana itulah aku terlalali. Padahal sepatutnya Allah yang diingati, bukan Yusuf Shufiuddin.
Sejadah kubentang. “Allahuakbar”, takbir kuangkat memecah keheningan pagi. Kedamaian ini melapangkan jiwa. Sulaman cinta Ilahi menarik aku ke lembah ukhrawi.
Dalam sujud terakhir aku memanjatkan doa, “Ya Allah, aku hamba-Mu yang lemah. Kuatkanlah aku untuk terus meniti di atas keredhaan-Mu”.
Deraian air mata mengalir semakin deras. Aku hanya berdoa agar aku mampu keluar daripada kegelapan dosa ini. Dosa apa? Aku sendiri tidak pasti jawapannya.
*****************************
Hari Isnin muncul jua akhirnya. Mentari gembira memancar cahayanya. Kami pelajar Sekolah Agama Menengah Islami Firdausi kembali dari rumah ke asrama semula untuk menjalankan kehidupan sebagai pelajar asrama seperti biasa. Tepat pukul tujuh pagi, aku meninggalkan dorm untuk pergi ke sekolah.
“Ibtisam!” Aku memandang Afifah.
“Ye?” Tanyaku.
“Hari ni ada bacaan Yasin kan? Nanti nak share Quran dengan kau eh!”
Aku mengangguk. “Thanks!”, katanya lagi.
Pada setiap pagi Selasa dan Khamis, pihak sekolah mengadakan bacaan Yasin di kelas masing-masing. Semua pelajar wajib menyertainya. Seorang pelajar lelaki akan mengetuai bacaan Yasin dengan menggunakan mikrofon yang terletak di pejabat. Sistem pembesar suara yang menghubungkan seluruh sekolah memperdengarkan bacaan Yasin dan harus diikuti oleh semua pelajar.
Langkah kuteruskan menuju ke kelas. Sebuah susuk menghentikan langkahku. Pandangan mata kami bertembung. Ada sebuah renjatan elektrik yang menggugurkan jantungku. Yusuf Shufiuddin juga melarikan diri daripada kancah zina.
Hatiku mula tidak senang. Mengapa dia yang sangat mesara bergaul denganku di Facebook, tiba-tiba menjadi sangat pemalu di sekolah? Adakah kerana pihak sekolah telah menggariskan panduan batasan pergaulan sesame ikhwan dan akhawat atau kerana dia malu dek bersua ‘face-to-face’? Aku terdiam sejenak memikirkan hal ini.
Mungkin juga kedua-duanya. Hurm…mungkin…
“Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Ooo.. ooo..ooo..
Hatiku rasa sesuatau…”
Lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff tiba-tiba berlegar-legar dalam fikiranku. Buku Fizik yang sarat dengan bermacam-macam formula kututup setelah sejam menelaahnya. Berat juga otak ini. Boleh meletup sekiranya tidak berhenti dan mengambil rehat seketika.
Pap! Aku menepuk peha Afifah yang duduk di sebelahku. Tersentak dia sebentar.
“Ouch!”, dia mengaduh.
“Hehe… sorry”,
Dia tergelak manis. “Tak adalah. Tak sakit pon. Ha kenapa ni? Dah boring study?”
Aku mengangguk. “Aku nak kacau kau study sekejap, boleh?”
Afifah menutup buku Kimia keluaran Oxford Fajar itu. “Boleh boleh. Aku pun ngantuk ni. Eloklah kalau kau nak borak dengan aku ni”.
“Pernah dengar lagu Cinta Muka Buku?”, aku memulakan.
“Pernahlah sekali dua. Ada certain yang sibuk menyanyi lag utu. Kenapa hot sangat Cinta Muka Buku tu?”
“Maybe sebab lag utu memang kena denganremaja sekarang. Lagipun melodinya menarik. Cinta Facebook kan tengah famous sekarang ni? Apa pendapat kau?”
“Aku tak minatlah”, Afifah menjawab pendek.
“Kenapa?”, sengaja kusoal lagi.
“Lagha”
“Lagha?”, aku bertanya kembali.
“Eh, banyak tanya pula kau ni”. Dia tergelak kecil. “Bukankah kau lagi tahu pasal agama daripada aku?”
“Bila masa pula”, aku berdalih. Sebenarnya, aku dianggap arif tentang hokum oleh rakan-rakanku. Namun, aku tidak pula berasa layak dianggap[ sebegitu. Banyak lagi yang harus ku perbetulkan. Terlalu banyak cacat cela aku. Oleh sebab aku asyik memberi, hati jadi kering. Aku juga perlukan pengisian.
“Lagha tu sia-sia. Apa-apa sahaja yang sia-sia itu dikira lagha. Buang masa tanpa zikrullah tu lagha, berborak perkara yang tak berfaedah pun lagha juga. Sedangkan dengar nasyid pun kadang-kadang boleh dikategorikan sebagai lagha apatah lagi lagu-lagu di radio tu”.
Aku terdiam sejenak memikirkan kata-katanya. Ada terselit kebenaran dalam setipa perkataanya.  Aku harus membongkar kehidupan ini. Moga suatu hari nanti aku berjumpa dengan jawapan bagi setiap bait doaku.
Redha Ilahi!
Allah perkenankanlah doaku!
************************************
Tiga minggu berlalu begitu pantas. Bagaikan bumi ini tidak melaui tiga minggu yang penuh duri. Seksa peperiksaan! Matematik Tambahan, Biologi, Sejarah, Fizik, Kimia. Semuanya menyeksa jiwa. Kalaulah aku bukan muslim, sudah lama aku bunuh diri agaknya.
Manakan tidak, soalan yang digubal oleh guru-guru sekolah ini kebanyakannnya aras satu. Oh, mungkin juga aras 0. Sukatan pelajaran yang hanya dipelajari di university juga turut dimuatkan dalam kertas soalan kami. Jika matapelajaran Sejarah, mungkin juga boleh hentam keromo, tetapi kalau Fizik, mahu hentam apa?
Berpeluh-peluh juga aku menjawab soalan tahap university itu meski hanya satu atau dua. Namun, aku lihat yang lain sungguh selamba. Wah, ini sungguh hebat! Adakah mereka benar-benar dapat menjawab atau hanya redha dengan ketentuan-Nya?
Aku yakin sungguh bahawa nanti aku akan mendapat keputusan yang cemerlang lagi. Mungkin juga bakal mendapat tempat pertama dalam tingkatan seperti biasa. Aku sangat yakin. Tambahan pula, ibu bapaku memang genius dan melahirkan anak-anak yang tidak ketara kegeniusannya. Ceh, bunyi seperti berlagak pula.
*******************************
Shufiuddin : Salam =)
Ibtisam       : Wassalam =)
Shufiuddin : Macam mana exam? Mesti gempak kan?
Ibtisam       : Haha. Tak tahulah. Tawakkal je.
Shufiuddin : Hurm ye la tu. Tau-tau je dia dapat nombor satu lagi.
Ibtisam       : Ish… Macam-macam lah enta ni. How’s yours?
Shufiuddin : Biasa-biasa je. Ana tak gempak macam enti.
Ibtisam       : Eleh, humble pula dia.
Shufiuddin : =)

Aku menggeleng kepala. Kuat juga dia bergurau. Tidak saangka aku. Aku menaip papan kekunci.

Ibtisam       :  Ana nak tanya something, boleh?
Shufiuddin : Berthing-thing pon boleh.
Ibtisam       : Enta biasa chat ngan perempuan ajnabi ke?
Shufiuddin : Actually tak. Only you.
Ibtisam        : Hmm…nampaknya kita sama…

Suasana menjadi hening seketika. Mungkin dia juga berfikir sama sepertiku. Gusarkan sesuatu.

Shufiuddin : Kenapa tanya?
Ibtisam       : Taklah, ana pernah terfikir, bolehkah perempuan berhubung dengan lelaki even cuma     melalui                     chat?
Shufiuddin : Ana rasa boleh je. Kita tak couple. Tak borak perkara lagha. Perbualan kita ada unsur-unsur             mengingati Allah. Ajak solat, qiam, baca quran. Kalau borak benda lain pun, niat menjaga ukhuwah. Bukan kah semua muslim itu bersaudara?

Aku mengiyakan kata-katanya. Lega hatiku mengetahui hubungan ini tidak berdosa. Hati ini berbunga-bunga riang. Khabar angina ada mengatakan Yusuf Shufiuddin turut jatuh hati padaku.
******************************
Sabtu
~in room~
Dear diary,
Aku rasa hati tak tenanglah. Solat pun makin tak khusyuk. Padahal solat taubat setiap hari aku buat. Quran baca after every solat. Sedekah dah buat. Tolong orang pun dah. Apakah?
Ya Allah,
Bantulah aku mencari jalan keluar~
                                                                                                                                    Dilemma,
                                                                                                        ibtisam                                                                          

Diari kututup. Segera kusimpan semula di dalam laci. Ibu yang sedang melipat kain kudatangi. Sambil tangan melipat kain, aku bertanya kepada ibu, “Ibu , dulu ada tak orang minat ibu?”
Ibu ketawa mendengar soalan cepumas. Pelik-pelik Ibtisam ini. “Kenapa? Ada orang minat adik ke?”
“Ala ibu ni..orang tanya ibu, ibu tanya orang balik pulak”, aku membuat gaya merajuk.
Ibu ketawa lagi. “Adalah kot”.
“Ooo.. ibu minat dia tak?”
“Entahlah. Ibu pun tak tahu. Kalau ada pun rasa minat kat dia, ibu cuba nafikan. Ibu cakap kat diri sendiri yang ibu takde perasaan kat dia. Kalau ibu rindu, ibu cerita pada Allah. Kalau kecewa pun ibu cerita pada Allah. Memang susah nak jaga hati tetapi redha Allah lebih utama. Susah macam mana pun mesti Allah akan tolong. Percayalah”.
Aku mengangguk lemah. Memikir kata-kata ibu yang cukup mendalam ertinya. Ibu menyambung, “Adik jangan berpegang kat lagu UNIC ‘See U di IPT’ tu. Kalau boleh jangan dengar lagi lepas ni”.
Aku tersengih, faham benar beliau dengan perangai aku yang sejak akhir-akhir ini sering menjadikan lagu itu sebagai halwa telinga. Maklumlah, Yusuf Shufiuddin yang memberinya. Kalau buah hati pengarang jantung yang beri, siapa tidak suka?

Mulutku terlopong. Biar betul! Aku mendapat tangga kesepuluh dalam peperiksaan tempoh hari. Daripada tempat pertama turun mendadak ke tangga yang aku anggap sangat memalukan!
Aku duduk kembali ke tempat dudukku. Kepala kuletakkan di atas meja. Tiba-tiba aku berasa hangat. Mata kubuka. Afifah meletakkan tangannya pada bahuku. Dia sangat mengambil berat. Dia sepatutnya bergembira kerana mendapat tempat ketiga dalam tingkatan turut bersedih melihat keadaanku. Aku benar-benar terharu.
“Allah nak uji kau. Mungkin juga Allah mahu kau muhasabah balik”.
“Astaghfirullah al-azim”,aku beristighfar. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku mengangkat kepala dan bertanya, “Apa pendapat kau kalau lelaki dan perempuan chat tentang ilmu agama?”
“Ni pendapat aku. Kalau salah tolong betulkan”,dia memulakan. “Bagi aku, boleh je kalau kita bermusyawarah dengan ikhwan hal-hal agama tapi…”
“Tapi…?” soalku.
“Tapi kalau boleh carilah akhawat dulu. Kalau betul-betul tiada akhawat yang arif, barulah cari ikhwan. Yelah, kadang-kadang syaitan boleh menipu”.
“Syaitan boleh menipu?”, soalku lagi.
“Ada orang yang suka sangat chat atau mesej sesame berlainan jantina kononnya atas dasar agama. Perbualan pun penuh keagamaan. Ajak buat ibadah itulah inilah. Tapi diorang tak sedar sebenarnya syaitan tengah cucuk jarum untuk merapatkan hubungan diorang. Sebab itulah ada pendakwah yang terjebak juga dengan zina. Diorang fikir, diorang nak tipu syaitan, tapi sebenarnya terbalik!”
Aku mengangguk-angguk. Afifah menyambung, “Niat tak menghalalkan cara. Ramai orang yang menghalalkan ikhtilat dengan dasr dakwah. Padahal dakwah itu jugalah yang tarik diorang ke neraka. Islam ini syumul. Benda-benda kecil macam ni pun kena jaga. Redha Allah pun kena titik bertakan. Apalah gunanya hidup kalau Allah tak redha”.
Aku terkesima. Subhanallah! Inilah yang selama ini kucari. “Terima kasih, Fifa”.
“Ya Allah, terima kasih atas hidayah ini. Dekatkanlah aku dalam ribaan-Mu. Moga redha-Mu menghiasi jiwaku.
Ameen~”

Balik wajib tiba lagi. Inilah peluang terakhirku untuk menyerunya ke jalan Allah. Berdakwah dalam erti sebenar-benarnya!

“Assalamualaikum.
Sebenarnya kita dah tersalah. Ana fikir ana dapat mardhatillah (keredahaan Allah) denagn mengingatkan enta tentang Allah. Tapi ana salah. Shufiuddin, marilah kita kembali ke pangkal jalan.
Oh ye, sekejap lagi ana akan deactivate FB. Memang ana akui ada kebaikan FB tapi ana takut FB ini menyebabkan ana lalai.
Ni last kita contact. Ana harap kita kembali ke jalan-Nya yang benar-benar Dia redhai
Ameen~
                                                                                                              ~mencari redha-Nya~
                                                                                                                       Ibtisam
Butang send ku tekan. Alhamdulillah, Berjaya juga ku menjumpai hidayah-Nya. Aku akui bahawa cinta kepada Shufiuddin amsih terasa namun segera kupinggir jauh. Tidak dinafikan, ada masa juga aku teringat memori bersamanya. Cepat-cepat kuucap istighfar. Meyakini bahawa cinta Allah itu berjuta-juta kali lebih hebat! Perjuangan meminggir nafsu duniawi perlu diteruskan walaupun rasanya perit. Syurga itu penuh dengan kemanisan! Jihad is bitter, jannah is sweet!
Siapakah yang menurunkan kita rezeki?
Siapakah yang memberi kita udara?
Siapakah yang melapangkan jiwa?
Siapakah yang menghulur berbagai-bagai nikmat?
Allah.
Hanya itu jawapannya. Dia itu satu, tiada yang lainnya. Patutkah yang lain diletakkan lebih utama daripada Allah dalam hati manusia?
“Beruntunglah bagi yang menyucikannya, merugi bagi yang mengotorinya…”
                                                                                                     (Al-Syams)


Catatan hati:
Betapa ramai manusia yang menyimpang dari jalan-Nya
Dek ditipu syaitan durjana,
Jauhi ikhtilat
Jauhi lagha.
Banyakkan masa untuk membaiki hubungan dengan Yang Maha Esa~

Read more...

Saturday 26 November 2011

Cerpen ( Darah perjuangan : episod 8 - episod terakhir )

Tertinggal episod sebelumnya?

episod 1,klik sini
episod 2,klik sini
episod 3,klik sini
episod 4,klik sini
episod 5,klik sini
episod 6,klik sini
episod 7,klik sini




              Rayyan dan tentera muslimin yang lain menuju ke masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Mereka ternyata terlalu gembira dengan kejayaan ini walaupun jelas terpancar keletihan pada wajah.


                 Haikal al-Amin menjadi bilal pada subuh yang penuh syahdu itu. Suaranya yang merdu membangunkan umat Islam yang masih belum terjaga. Hati Rayyan tersentuh. Sudah sekian lama dia tidak menunaikan solat subuh di masjid.


                Solat subuh diimami oleh Syeikh Ali Abdul Rahim al-Hadad. Masing-masing menghadap Tuhan dengan penuh khusyuk. Tiba-tiba...


              " Aaaaaaaarghhhhhhhh !!!! ". Rayyan menjerit kesakitan. Jemaah lain menghentikan solat kerana terlihat darah megotori masjid suci itu. Dengan kekuatan yang ada, Rayyan mencabut pisau yang terbenam di perutnya. Rupa-rupanya, terdapat pengkhianat dalam masjid ini yang telah berusaha membunuhnya.


              " Rayyan !!!! ", jerit Professor Syakir.Beliau tersedar daripada mimpi. Wajah Rayyan yang pucat lesi masih jelas terbayang dalam mindanya. " Astaghfirullah al-azim. Mimpi rupanya". Beliau beristighfar.


                     **********************************************


              Prof Syakir mundar-mandir di dalam bilik itu. Beliau ternyata sanagt risau dengan ketidakpulangan Rayyan. Kebiasaannya, Rayyan hanya mengambil masa beberapa jam sahaja tetapi kali ini,sudah lima hari dia di sana. Tambahan pula, mimpi buruknya malam tadi benar-benar menggusarkannya.


            Tiba-tiba Prof Syakir merasakan badannya dipeluk daripada belakang. Beliau menoleh. Rayyan ! Belaiu berasa sungguh gembira dan memeluknya dengan erat.


            " Alhamdulillah, kitorang berjaya ! ", ucap Rayyan debgan penuh teruja.


           " Alhamdulillah..", Prof Syakir juga mengucap syukur. " Abang mimpi buruk malam tadi. Nasib baik, adik abang ni selamat, " balas Prof Syakir.


           Sedang mereka berbual-bual,mereka dikejutkan dengan kehadiran Daniel and the geng. Rayyan terdiam membatu. Mungkin kerana terkejut dan tidak menyangka kehadiran mereka. Pegawai yang bertugas membuka pintu bilik itu dan membawa Rayyan ke ruang pelawat.


             " Assalamualaikum", Rayyan tersenyum manis dan menghulur tangan untuk berjabat dengan Daniel dan juga mereka yang lain.


              Daniel terpinga-pinga kehairanan. " Aik ? sejak bila pula dia dah jadi malaikat ? ", bisik hati kecil Daniel. Dia menyambut tangan Rayyan dengan teragak-agak.


             " Aku...minta maaf", perlahan-lahan Daniel bercakap.


             " Cerita lamalah. No biggie. Aku dah maafkan ",Rayyan menepuk-nepuk bahu Daniel.


           " Tapi yang ni memang salah"


           " Apa dia yang salah sangat tu? cube hang habaq mai lagu mana? Aku lagi banyak salah dengan kau ", Rayyan sengih.


            " Kau ingat lagi ice lemon tea yang kau minum sebelum masuk sini? ",tanya Daniel.


           Rayyan membuntangkan mata. Tentulah dia ingat. Hanya kerana air yang telah dicampur pil khayal itu, dia dipenjara di sini. Dia berdiri kerana rasa marah membuak-buak. " Kau ke  yang masukkan pil khayal dalam air aku?"


             Daniel juga berdiri. " Tak, bukan aku !". Dia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. " Aku cuma masukkan serbuk gula-gula hacks supaya bila dia react dengan teh, teh akan jadi pahit. Lepas tu, kau akan cirit-birit"


           " Dan air tu...", Daniel menyambung. " Bukan aku yang beli."


          Rayyan menarik tangan Daniel untuk duduk di sisinya bersama-sama. Dia membisikkan sesuatu di telinga Daniel, " tapi air tu tak rasa pahit langsung".


               " Maknanya....", mereka berkata serentak. Mata masing-masing membulat.


           " Betul tekaan kamu berdua",suara seorang wanita menyampuk perbualan. Rayyan , Daniel and the geng memandang wanita itu serentak. Mereka kaget. Puan Amalina Azmi !!


           " Memang bukan Daniel yang bersalah. Sebenarnya AKU !" Puan Amalian ketawa dengan angkuh. Mereka terkejut bukan kepalang.


            " Cikgu ? ", Rayyan kehairanan.


             " Hahaha", gempita ruang itu. Beliau menuding jari kepada Daniel. " Kau hampir gagalkan rancangan aku. Asalnya aku masukkan pil khayal jenis masam supaya otaknya menjadi lemah. Tapi gula-gula kau menyebabkan air tu jadi neutral. Nasib baik air tu masih dapat cipta halusinasi untuk Rayyan ". Beliau merenung tajam. Daniel berasa gugup.


              " Tapi kenapa? Apa salah saya ? ", tanya Rayyan.


               Beliau ketawa lagi. Kali ini dengan lebih kuat. " Hey, kau memang tak salah. Aku cuma nak selesaikan ni", belia mengeluarkan sekeping cip kecil daripada beg tangannya. "Kau tahu ni untuk apa? "


            Rayyan menggeleng. Puan Amalina menyambung," Aku dapat tahu markah IQ test kau 250. Betul? "


            Dia diam lagi. Dalam hatinya,dia mengiyakan. Pada tahun lepas, dia pernah melakukan ujian IQ. Ternyata, markah IQnya dikatakan melebihi Albert Einstein.

 
           " Aku perlukan neuron otak kau untuk aktifkan cip ni. Bila cip ni berjaya aktif dan dimasukkan dalam remote SXX 14, akua akan berkuasa mencipta manusia segenius kau. Automatik, ekonomi Malaysia akan jatuh dalam tangan aku perlahan-lahan".


              " Tapi...",kata-kata Rayyan terputus.


              " Tak ada tapi-tapi ! ", tegas beliau menjawab. " Kau tak ada pilihan lain. Doktor Haniff bekerjasama dengan aku. Kalau kau cuba lari, akau akan pastikan akaun bank ayah dan ibu kau beku dan pelabur saham seluruh dunia takkan melabur lagi kat syarikat ayah kau !". Beliau ketawa dengan kejam.


             " Pap ! pap ! pap !", John yang sejak tadi diam, tiba-tiba menepuk tangan. Daniel meremung susk John. Dia mengutuk dalam hati, " Apa hal pula mamat ni nak tepuk-tepuk tangan? aku cepuk dia baru tahu ".


             " Hebat rancangan cikgu. Hebat. Kagum sungguh saya ", John bangun daripada duduknya.


            " Baru kamu tahu ? ", Puan Amalina menjawab. Berlagak sungguh bunyinya.


            " Tapi slack betul lah, cikgu ", Dia membalas sinis.


            " Hah? "


           " Cikgu lupa ke kat ruang ni ada 15 CCTV  yang open dan yang tertutup? ", John bertanya sambil tangannya menunjuk sudut siling ruangan itu.


           " Hahahahahaha". Belaiu ketawa angkuh. " Aku dah matikan awal-awal. Kau ingat aku bodoh ?! ", Puan Amalina menjerit lantang. Pinggangnya dicekak seperti gaya lady boss pula.


           John pula ketawa. Daniel dan Rayyan terpinga-pinga. " Ada lagi kamera cikgu belum matikan", John memberi senyum senget.


           " What ? " Beliau terkejut.


           John mengeluarkan iPad. Mata beliau membuntang. " Cikgu lupa iPad ni? Saya pernah bawa ke sekolah lah...". Daniel sengih. " Segala bukti, ada dalam ni. Heh, get ready to be a prisoner ". Dia menunjukkan cap jempol pada Rayyan. Rayyan membalas dengan cap jempol juga.


            Tanpa disangka-sangka, Puan Amalina Azmi berlari ke arah John dan menghempas iPad itu ke lantai. Jantung mereka bagai diragut kencang. John memandang beliau dengan rasa geram. " Cikgu tahu tak iPad ni mahal? "


           Pn. Amalina tersengih. " Kau memang materialistik kan? iPad je kau fikir. Ahhhh!!" Beliau menjerit.

" Aku tak hairan dengan iPad kau. Yang penting, bukti dah hilang ".


           " Saya tak bodoh,cikgu. Tadi saya dah upload video tu ke Youtube dan Facebook. Add lah saya kalau nak tengok video tu Tolong like sekali,ye". Dia bagai mengejek. Hati Rayyan sedikit marah. Seharusnya guru itu dihormati walau apa jua cara. Tapi nasib baik, John selamatkan dia. Alhamdulillah.


            Daniel tersenyum. " Hari ni, kau dan orang yang tak gila akan selamat".


            *************************************************************

Dua puluh tahun kemudian
20 April 2031
Jerusalem, Palestin


              Kehangatan Islam terasa di ruang Palestin. Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan bumi anbiya' ini ke tangan orang-orang Islam. Burung-burung berkicau riang. Pepohon melambai-lambai. Terasa syahdu di jiwa. Masjid Aqsa yang pernah dikotori dengan tangan Zionis Yahudi,kini suci malah diperluas 10 kali ganda agar dapat memuatkan jemaah yang bertambah bilangannya dari sehari ke sehari.


               Pada 5 tahun yang lalu, konco-konco Israel telah meruntuhkan masjid suci ini. Umat Islam seluruh dunia yang berjumlah 1.4 bilion terjaga daripada lena. Mereka yang selama ini lalai tanpa memikirkan soal jihad,bangun dan bersatu menentang Yahudi laknatullah. Meskipun kekuatan Yahudi itu tidak terkira namun apabila seluruh muslimin itu berpadu tanpa mengira bangsa, bahasa dan negara, mereka menjadi umat yang sangat gagah kerana memiliki Allah Yang Maha Gagah.


             Rayyan kini menjadi Presiden Palestin. Namanya harum di pelosok dunia kerana berjaya menukar Palestin yang asalnya ketinggalan zaman kepada negara yang termaju di dunia. Dia juga sangat fasih berbahasa Arab, Inggeris, Turki, Sepanyol dan Hebrew. Walaupun dia bukan anak Palestin namun kerana tingginya rasa hormat rakyat ini kepadanya, dia diangkat menjadi Presiden.


             Daniel and the geng telah menubuhkan Pusat Penyelidikan DNA termaju di dunia.Mereka telah menggunakan cip yang pernah dicipta oleh Puan Amalina Azmi dan menggantikan bahan pengaktif iaitu neuron dengan sejenis madu khas dari Romania. Setiap ibu yang hamil perlu hadir ke sana dua bulan sekali untuk dibacakan ayat al-quran dan anak dalam kandungannya itu akan diaktifkan otaknya melalui cip itu supaya bayi itu akan menjadi genius dan seterusnya membangunkan Islam.


          Professor Syakir pula memiliki Pusat Nukear terbesar yang dinamakan al-Hafeez. Al-Hafeez bererti penjaga iaitu penjaga keselamatan umat Islam. Amerika dan sekutunya telah diancam sekiranya mereka menyerang Palestin,al-Hafeez akan melancarkan nuklear yang akan menghancurkan negara mereka.


           Segala puji bagi Allah atas segala nikmat ini. Akhirnya, Palestin tersenyum kembali. Bendera yang selama ini dipijak,kini gah berkibar di puncak kemenangan.Subhanallah =)


            ************************TAMAT**************************

                                                                                  By : Nazrah El Husna




Read more...

Friday 25 November 2011

Darah Perjuangan ( episod : 7 )

  episod 1,klik sini
  episod 2,klik sini
  episod 3,klik sini
  episod 4,klik sini
  episod 5,klik sini
  episod 6,klik sini




                    Daniel dihurung rasa bersalah. Hidupnya menjadi tidak menentu semenjak Rayyan dimasukkan ke dalam Hospital Bahagia. Dia menggalas beg sandangnya ke bahu kanan.Badan John atau nama sebenarnya Fairul ditepuk perlahan.

        

                     " Ko apa hal ? Macam penjenayah dah nak dihukum gantung je aku tengok ", kata John. Pelik juga dia melihat kawan baiknya ini. Selalunya tidak begini.





            " Problem,bro ". Daniel membuka ikatan tali lehernya.




             " Kita kan member. Cer citer~ ", ujar John.




             " Aku rasa serba salah lah, John ". Akhirnya terluah juga isi hati.




            " Kat sape? awek yang ko tinggal semalam ? lek ar derr ! " John mengerutkan dahi sambil menepuk kuat belakang Daniel. Sejak bila pula Daniel tahu berperasaan begini ? hairan.






              Daniel menggeleng. " Bukan kat betina murahan tu ".




              " Habis? "



              "Rayyyan". Sepatah dia menjawab.Namun sepatah perkataan itulah yang membuat John berang.




             " Woi ! Mamat bangang tu ? Sial la. Biarlah dia mati dengan orang-orang gila kat sana ! ". John yang sedang memegang komik,menghempasnya ke meja. Marah sungguh.


             " Ah !!!! Aku tak kira,". Ujar Daniel. Hari ni Selasa. Hujung minggu ni, kita lawat dia kat sana. Bagitahu geng kita. Kalau tak nak ikut, aku tarik balik iPad yang aku bagi ". Jawab Daniel mengugut.


             John memalingkan muka.Dia mendengus kasar. Daniel hanya membiarkan. Apa yang pasti,dia mahu berjumpa Rayyan dan meminta maaf. Biarlah ego ini jatuh, asalkan dendam terlerai.



**************************************************************************************************


            " Panglima Khalid, bagaimana persiapan ? " tanya Rayyan sambil menggilap senapangnya. Pakaian perangnya juga baru sahaja dibersihkan. Semangat perangnya berkobar-kobar.
 


             " Alhamdulillah, semuanya beres, Panglima Rayyan ". Kini , Rayyan  telah diberi jawatan ketua tentera. Namanya gah kerana telah dianggap sebagai pencipta senjata moden seperti bom tangan, meriam jarak jauh dan senapang.
 


            " Malam sudah larut. Aku yakin mereka sedang tidur  atau bersuka-ria dalam khemah. Panggil tentera kita. Insya Allah,sebagaimana yang kita rancang,serangan akan dimulakan sebentar lagi ", arah Rayyan.



             Jundullah atau askar-askar Allah berhimpun di luar tembok kota. Mereka membawa kelengkapan perang yang moden dan juga tradisional. Terpancar semangat jihad pada wajah-wajah mereka. Rayyan memandang tenteranya satu persatu.



             "Assalamualaikum warahmatullah ". Panglima Daud yang berada di atas bukit kecil memberi salam. Gemuruh dataran yang luas itu dek suara mereka menjawab salam.


            " Seperti mana yang kita tahu, kita akan menyerang musuh Allah. Berjuanglah yang termampu. Kejarlah kemenangan atau syahid. Anda kita terbunuh,yakinlah Allah telah menyediakan syurga buat kita ".


            Panglima Khalid melaungkan takbir dan disahut oleh para tentera yang lain. Seluruh alam bergema dengan kalimah-Nya. Allahu Akbar ! Allah Maha Besar ! Para pejuang seolah-olah telah ditiup roh jihad para sahabat terdahulu. Mereka tidak gentar kepada musuh walaupun jumlah musuh tiga kali ganda berbanding mereka.


            " Allahu Akbar !!! " Gema nama Yang Maha Esa menggegarkan khemah pihak Kristian Rom. Musuh-musuh Allah yang sedang nyenyak dibuai mimpi terjaga. Mereka kelam-kabut membangunkan rakan-rakan yang masih tidur. Keadaan menjadi huru-hara. Mereka berlari-lari dan terlanggar sesama sendiri kerani mencari baju besi dan senjata masing-masing.


             Dengan kekuatan nama Allah,para penolong agama Islam menyusup ke dalam pangkalan pihak Kristian Rom. Mereka ibarat serigala malam yang licik menerkam mangsanya. Darah memercik di merata-rata tempat. Bom tangan juga menghancurkan para lawan yang ingin melarikan diri. Dalam kegawatan  itu, Panglima Philip senyap-senyap menghilangkan diri di sebalik sebatang pohon besar yang terletak kira-kira 200 meter daripada tempat yang huru-hara itu.


                Rayyan yang sejak tadi  diam mengatur strategi,mula menggerakkan langkah. Matanya liar mencari susuk Philip di sudut dan inci setiap khemah. Pernah suatu ketika, dia bernazar di hadapan para tentera Islam untuk membunuh panglima handalan itu dengan izin Allah. Rayyan bagaikan ibu yang kehilangan anak. Namun,batang hidung panglima Philip tidak kelihatan. Ternyata Rayyan gagal menemukannya.


              Dia membawa diri ke suatu kawasan lapang. Kiblat dihadap. " Allahu Akbar ", Rayyan
 mengangkat takbir. Solat hajat dilakukan dengan penuh penghayatan. Memanjatkan pertolongan kepada Yang Maha Esa agar dipermudahkan jalannya.


             Wajah Philip pucat melihat anak buahnya mati satu persatu di tangan tentera-tentera Allah.Secara senyap-senyap,beliau membawa dirinya ke padang pasir yang luas tanpa memikirkan risiko yang bakal menjelang.Hanya bayangan al-Aqsa yang terlihat dalam anak matanya. Beliau mahukan perlindungan daripada Yang Maha Kuasa.





               Belum sempat Philip tiba di tempat ibadah suci kaum muslimin itu, beliau ditahan oleh Rayyan yang kebetulan baru selesai melaksanakan solat. Rayyan tersenyum. Ternyata pertolongan Allah sudah sampai.




               "Aku tak sangka panglima pun pengecut", Rayyan tersengih sinis. Wajah Philip ditatap dengan penuh jelek.




                "Panglima, ampunkan aku", Philip melutut kepada Rayyan. Beliau menangis teresak-esak seperti anak kecil. Sungguh, tiada lagi yang beliau mahu melainkan pelepasan.




                Rayyan terusik dengan rayuan Philip. Perlahan-lahan,dia menarik lengan Philip supaya beliau berdiri. Bahunya dipaut bagai seorang sahabat. Tanpa disangka-sangka,Philip mengeluarkan pisau kecil dari poketnya dan cuba untuk menikam Rayyan. Rayyan yang sudah mahir dengan taekwondo mengelak tikaman tersebut dengan pantas dan menjatuhkan beliau dengan menempang kedua-dua kaki milik Philip. Beliau mengerang kesakitan.


             Tanpa berlengah lagi, Rayyan meletakkan pedang di leher Philip. Panglima Rom itu menggigil ketakutan. " Kau telah diberi peluang untuk hidup tapi sekali lagi kau menkhianati agama Allah ! "





            Philip diam. Dia menyambung, " Benarkah kau pernah bertanya di mana Allah dan Rasulnya ketika muslimin diseksa? "


           Beliau menjawab, " Betul, tapi ampunkan aku. Aku benar-benar akan berubah "


          " Sorry, please try later..", Rayyan mengajuk gaya operator telefon.Seketika kemudian, darah memancut-mancut keluar daripada tubuh Philip.


             Alhamdulillah, akhirnya tonggak  Kristian Rom itu berjaya juga dihapuskan daripada muka bumi ini. Dia bersujud syukur. Tubuh Philip diangkut pulang dan dibawa ke tempat markas musuh . Ketika Philip tiba di sana, tentera muslim nyata gembira dengan kejayaannya. Allahu akbar ! Mereka bertakbir . Para tentera musuh yang melihat keadaan itu bertambah gerun dengan kekuatan tentera muslimin. Tambahan lagi, Philip telah tumbang. Akhirnya, mereka menyerah diri kepada tentera Panglima Khalid.


              ******************************************************

                                                                                                            BY : Nazrah El Husna

BERSAMBUNG~


 episod 8- terakhir- ,klik sini        

        

       



Read more...