Jihad Juadah Jannah
Friend Request kusemak. Tertera beberapa baris nama sahabat-sahabat setingkatanku. Ada juga beberapa akhawat yang tidak kukenali. Kesempatan untuk berukhuwah ini kusahut segera. Allah S.W.T. berfirman :
Maksud:
Sesungguhnya mukmin itu bersaudara
(Hujurat : 10)
Namun, ada sebuah nama lagi yang tertinggal. Keliru untuk
di’confirm’ sahaja atau di’ignore’. Yusuf Shufiuddin. Dua patah nama yang terus
membiarkan aku dilema.
“Tak apalah. Dia kawan sama form”, tanpa berfikir lagi, aku
menyenaraikan Shufiufddin dalam senarai nama rakan-rakanku.
Yusuf Shufiuddin. Dua patah nama yang cukup indah ertinya. Dua
patah nama itu jugalah yang membuatkan ramai pelajar muslimat jatuh hati. Pakej
lengkap yang diidamkan oleh seorang wanita telah dimilikinya. Kacak, bijak dan
warak. Apa lagi yang mereka mahu? Poket berisi? Yusuf Shufiuddin ada. Namun,
hatiku tidak pernah melekat padanya.
Sebuah notification tiba-tiba hadir memecah lamunanku. Segera
kulihat dan kutekan. Page ‘home’ berganti dengan ‘Wall’ milikku.
Aku tergamam. Yusuf Shufiuddin, pengawas BADAR Sekolah Agama
Menengah Islami Firdausi itu memberikan sebuah lagu nasyid kepadaku? Bukankah
dia sangat menjaga batas pergaulan?
“Mungkin dia nak berdakwah”, kataku kepada diri sendiri. Tidak
baik berburuk sangka. Kebanyakan buruk sangka atau suu dzon itu berdosa
hukumnya.
Ruang komen yang telah disediakan oleh Facebook kuisi ringkas.
“Shukran”.
Yusuf Shufiuddin segera menghantar sebuah mesej yang berbunyi,
“Afwan, enti ni Ibtisam kelas 4 Al-Jabar kan?”
Aku membalas, “Ya. Enta 4 Ibnu Khaldun kan?”
“Yup.Thanks approve ana”.
“Welcome”.
“Dengar-dengar cerita, ikhwan dan akhawat Jabar semuanya jenis
happy-go-lucky. Kelas tu kecoh kan? Haha. Enti pon sama ke?”
“Haha. Ye ke? Ana? Maybe. Tak silap ana, Khaldun pun sama je kan?”
“Hehe. Mana ada. Kitaorang baik tau”.
“Eleh, baik konon”, aku mencebik.
Aku melihat jam di skrin computer. 1.25 petang. Sudah masuk waktu
zohor. Walaupun sibuk bagaimanapun kita menjaga ukhuwah sesame jantina mahupun
yang berbeza jantina, Allah tetap yang paling utama.
“Eh, dah zohor lah. Solat jom”. Aku mengajak.
“Okay. Thanks ingatkan ana. Inilah namanya menjaga ukhuwah fillah
kan? Okaylah. Assalamualaikum”. Shufiuddin mengakhiri perbualan.
************************************
Tafsir Quran yang terletak di rak segera kucapai.; Inilah surat
cinta daripada Allah buatku. Mesti dibaca dan dijaga sentiasa. Pernah seorang
senior memberitahuku dua perkara yang dapat melembutkan hati ialah zikr maut
atau mengingati mati dan membaca Quran.
Istiadzah dan basmalah meniti di bibirku. Aku terus hanyut dibuai
ketinggian bahasa kalam Allah ini. Namun, bacaanku terhenti pada dua potong
ayat Al-Quran :
“Sungguh
beruntung orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam
solatnya”.
(Al-Mu’minun : 1-2)
Tafsir Quran kututup. Merenung jauh bagaimana solatku yang
terumbang-ambing. Banyak lalai daripada mengingati-Nya. Padahal solat itu alat
komunikasi untuk aku berhubung dengan Yang Maha Esa.
Terbayang facebook di mata. Al-Quran milikku kutinggal tepi. Tanpa
berlengah lagi, aku membuka laman social itu. Senang hati melihat Shufiuddin
juga sedang online. Aku menegurnya di chatbox.
Ibtisam :
Assalamualaikum.
Shufiuddin: Waalaikumussalam.
Ibtisam : busy? Ana nak tanya something.
Shufiuddin : Nope. Tafaddhal.
Ibtisam :
Macam mana nak khusyuk solat?
Shufiuddin : Oh… 1) Istighfar dan baca surah An-Nas.
2) Fokus pada tempat sujud.
3) Bayangkan solat itu solat terakhir kita.
4) Bayangkan Kaabah ada di hadapan kita, kiri adalah neraka, kanan
adalah
Syurga dan belakang kita pula ada malaikat Izrail.
Ibtisam :
Shukran. Actually ana dah try tapi still tak berjaya.
Shufiuddin : Ana pon. Maybe sebab dosa terlalu banyak.
Ibtisam : Nampaknya
ana kena qiam dan tahajjud lebih sikit lah kot.
Shufiuddin : Enti nak qiam esok?
Ibtisam : Haah. Kenapa?
Shufiuddin : Ni nombor ana. 0123456789. Tolong kejut ana esok,
boleh?
Ibtisam : Err…
Kenapa tak guna alarm phone je?
Shufiuddin : susah sikit nak bangunlah. Kalau ada orang kejut,
semangat sikit nak bangun.
Ibtisam : Okay.
Insha-Allah.
Shufiuddin : Insha-Allah. Nak tidurlah. Night. Assalamualaikum.
Ibtisam : Night. Waalaikumussalam.
Hati terasa berbunga-bunga bagaikan seisi alam ini milik
aku. Bulan tersenyum riang. Bintang-bintang galak bersinar menutup cela si
malam. Pohon melambai-lambai dibelai sang bayu. Semuanya indah. Moga esok hari
ada bahagia menanti.
**************************************
“Hello. Assalmaualaikum”, suara garau di hujung talian
menggegarkan hati kecilku. Terkelu lidah menjawab.
“Hellao?”, katanya lagi. Aku masih membatu. Selama ini aku
tidak pernah berhubung dengan mana-mana lelaki selain keluargaku. Butamg merah
kutekan mematikan panggilan.
Aku beristighfar berulang-ulang kali. Dek permintaan Yusuf
Shufiuddin untuk mengejutkannya, aku menurutinya dan kerana itulah aku
terlalali. Padahal sepatutnya Allah yang diingati, bukan Yusuf Shufiuddin.
Sejadah kubentang. “Allahuakbar”, takbir kuangkat memecah
keheningan pagi. Kedamaian ini melapangkan jiwa. Sulaman cinta Ilahi menarik
aku ke lembah ukhrawi.
Dalam sujud terakhir aku memanjatkan doa, “Ya Allah, aku
hamba-Mu yang lemah. Kuatkanlah aku untuk terus meniti di atas keredhaan-Mu”.
Deraian air mata mengalir semakin deras. Aku hanya berdoa
agar aku mampu keluar daripada kegelapan dosa ini. Dosa apa? Aku sendiri tidak
pasti jawapannya.
*****************************
Hari Isnin muncul jua akhirnya. Mentari gembira memancar
cahayanya. Kami pelajar Sekolah Agama Menengah Islami Firdausi kembali dari
rumah ke asrama semula untuk menjalankan kehidupan sebagai pelajar asrama
seperti biasa. Tepat pukul tujuh pagi, aku meninggalkan dorm untuk pergi ke
sekolah.
“Ibtisam!” Aku memandang Afifah.
“Ye?” Tanyaku.
“Hari ni ada bacaan Yasin kan? Nanti nak share Quran dengan
kau eh!”
Aku mengangguk. “Thanks!”, katanya lagi.
Pada setiap pagi Selasa dan Khamis, pihak sekolah mengadakan
bacaan Yasin di kelas masing-masing. Semua pelajar wajib menyertainya. Seorang
pelajar lelaki akan mengetuai bacaan Yasin dengan menggunakan mikrofon yang
terletak di pejabat. Sistem pembesar suara yang menghubungkan seluruh sekolah
memperdengarkan bacaan Yasin dan harus diikuti oleh semua pelajar.
Langkah kuteruskan menuju ke kelas. Sebuah susuk
menghentikan langkahku. Pandangan mata kami bertembung. Ada sebuah renjatan
elektrik yang menggugurkan jantungku. Yusuf Shufiuddin juga melarikan diri
daripada kancah zina.
Hatiku mula tidak senang. Mengapa dia yang sangat mesara
bergaul denganku di Facebook, tiba-tiba menjadi sangat pemalu di sekolah?
Adakah kerana pihak sekolah telah menggariskan panduan batasan pergaulan sesame
ikhwan dan akhawat atau kerana dia malu dek bersua ‘face-to-face’? Aku terdiam
sejenak memikirkan hal ini.
Mungkin juga kedua-duanya. Hurm…mungkin…
“Kita
berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar
pesan dan suruh aku terima kamu
Ooo..
ooo..ooo..
Hatiku
rasa sesuatau…”
Lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff tiba-tiba
berlegar-legar dalam fikiranku. Buku Fizik yang sarat dengan bermacam-macam
formula kututup setelah sejam menelaahnya. Berat juga otak ini. Boleh meletup
sekiranya tidak berhenti dan mengambil rehat seketika.
Pap! Aku menepuk peha Afifah yang duduk di sebelahku. Tersentak
dia sebentar.
“Ouch!”, dia mengaduh.
“Hehe… sorry”,
Dia tergelak manis. “Tak adalah. Tak sakit pon. Ha kenapa ni? Dah
boring study?”
Aku mengangguk. “Aku nak kacau kau study sekejap, boleh?”
Afifah menutup buku Kimia keluaran Oxford Fajar itu. “Boleh boleh.
Aku pun ngantuk ni. Eloklah kalau kau nak borak dengan aku ni”.
“Pernah dengar lagu Cinta Muka Buku?”, aku memulakan.
“Pernahlah sekali dua. Ada certain yang sibuk menyanyi lag utu. Kenapa
hot sangat Cinta Muka Buku tu?”
“Maybe sebab lag utu memang kena denganremaja sekarang. Lagipun melodinya
menarik. Cinta Facebook kan tengah famous sekarang ni? Apa pendapat kau?”
“Aku tak minatlah”, Afifah menjawab pendek.
“Kenapa?”, sengaja kusoal lagi.
“Lagha”
“Lagha?”, aku bertanya kembali.
“Eh, banyak tanya pula kau ni”. Dia tergelak kecil. “Bukankah kau
lagi tahu pasal agama daripada aku?”
“Bila masa pula”, aku berdalih. Sebenarnya, aku dianggap arif
tentang hokum oleh rakan-rakanku. Namun, aku tidak pula berasa layak dianggap[
sebegitu. Banyak lagi yang harus ku perbetulkan. Terlalu banyak cacat cela aku.
Oleh sebab aku asyik memberi, hati jadi kering. Aku juga perlukan pengisian.
“Lagha tu sia-sia. Apa-apa sahaja yang sia-sia itu dikira lagha. Buang
masa tanpa zikrullah tu lagha, berborak perkara yang tak berfaedah pun lagha
juga. Sedangkan dengar nasyid pun kadang-kadang boleh dikategorikan sebagai
lagha apatah lagi lagu-lagu di radio tu”.
Aku terdiam sejenak memikirkan kata-katanya. Ada terselit kebenaran
dalam setipa perkataanya. Aku harus membongkar
kehidupan ini. Moga suatu hari nanti aku berjumpa dengan jawapan bagi setiap
bait doaku.
Redha Ilahi!
Allah perkenankanlah doaku!
************************************
Tiga minggu berlalu begitu pantas. Bagaikan bumi ini tidak melaui
tiga minggu yang penuh duri. Seksa peperiksaan! Matematik Tambahan, Biologi,
Sejarah, Fizik, Kimia. Semuanya menyeksa jiwa. Kalaulah aku bukan muslim, sudah
lama aku bunuh diri agaknya.
Manakan tidak, soalan yang digubal oleh guru-guru sekolah ini
kebanyakannnya aras satu. Oh, mungkin juga aras 0. Sukatan pelajaran yang hanya
dipelajari di university juga turut dimuatkan dalam kertas soalan kami. Jika matapelajaran
Sejarah, mungkin juga boleh hentam keromo, tetapi kalau Fizik, mahu hentam apa?
Berpeluh-peluh juga aku menjawab soalan tahap university itu meski
hanya satu atau dua. Namun, aku lihat yang lain sungguh selamba. Wah, ini
sungguh hebat! Adakah mereka benar-benar dapat menjawab atau hanya redha dengan
ketentuan-Nya?
Aku yakin sungguh bahawa nanti aku akan mendapat keputusan yang
cemerlang lagi. Mungkin juga bakal mendapat tempat pertama dalam tingkatan
seperti biasa. Aku sangat yakin. Tambahan pula, ibu bapaku memang genius dan
melahirkan anak-anak yang tidak ketara kegeniusannya. Ceh, bunyi seperti
berlagak pula.
*******************************
Shufiuddin
:
Salam =)
Ibtisam :
Wassalam =)
Shufiuddin : Macam
mana exam? Mesti gempak kan?
Ibtisam : Haha. Tak tahulah. Tawakkal je.
Shufiuddin
: Hurm ye la tu. Tau-tau je dia dapat nombor satu lagi.
Ibtisam : Ish… Macam-macam lah enta ni. How’s yours?
Shufiuddin
:
Biasa-biasa je. Ana tak gempak macam enti.
Ibtisam :
Eleh, humble pula dia.
Shufiuddin : =)
Aku menggeleng
kepala. Kuat juga dia bergurau. Tidak saangka aku. Aku menaip papan kekunci.
Ibtisam : Ana nak
tanya something, boleh?
Shufiuddin
:
Berthing-thing pon boleh.
Ibtisam : Enta biasa chat ngan perempuan ajnabi
ke?
Shufiuddin
:
Actually tak. Only you.
Ibtisam :
Hmm…nampaknya kita sama…
Suasana menjadi
hening seketika. Mungkin dia juga berfikir sama sepertiku. Gusarkan sesuatu.
Shufiuddin : Kenapa
tanya?
Ibtisam : Taklah, ana pernah terfikir, bolehkah
perempuan berhubung dengan lelaki even cuma melalui chat?
Shufiuddin : Ana
rasa boleh je. Kita tak couple. Tak borak perkara lagha. Perbualan kita ada
unsur-unsur mengingati Allah.
Ajak solat, qiam, baca quran. Kalau borak benda lain pun, niat menjaga ukhuwah.
Bukan kah semua muslim itu bersaudara?
Aku mengiyakan kata-katanya. Lega hatiku mengetahui hubungan ini
tidak berdosa. Hati ini berbunga-bunga riang. Khabar angina ada mengatakan
Yusuf Shufiuddin turut jatuh hati padaku.
******************************
Sabtu
~in
room~
Dear
diary,
Aku
rasa hati tak tenanglah. Solat pun makin tak khusyuk. Padahal solat taubat
setiap hari aku buat. Quran baca after every solat. Sedekah dah buat. Tolong orang
pun dah. Apakah?
Ya
Allah,
Bantulah
aku mencari jalan keluar~
Dilemma,
ibtisam
Diari kututup. Segera kusimpan semula di dalam laci. Ibu yang
sedang melipat kain kudatangi. Sambil tangan melipat kain, aku bertanya kepada
ibu, “Ibu , dulu ada tak orang minat ibu?”
Ibu ketawa mendengar soalan cepumas. Pelik-pelik Ibtisam
ini. “Kenapa? Ada orang minat adik ke?”
“Ala ibu ni..orang tanya ibu, ibu tanya orang balik pulak”,
aku membuat gaya merajuk.
Ibu ketawa lagi. “Adalah kot”.
“Ooo.. ibu minat dia tak?”
“Entahlah. Ibu pun tak tahu. Kalau ada pun rasa minat kat
dia, ibu cuba nafikan. Ibu cakap kat diri sendiri yang ibu takde perasaan kat
dia. Kalau ibu rindu, ibu cerita pada Allah. Kalau kecewa pun ibu cerita pada
Allah. Memang susah nak jaga hati tetapi redha Allah lebih utama. Susah macam
mana pun mesti Allah akan tolong. Percayalah”.
Aku mengangguk lemah. Memikir kata-kata ibu yang cukup
mendalam ertinya. Ibu menyambung, “Adik jangan berpegang kat lagu UNIC ‘See U
di IPT’ tu. Kalau boleh jangan dengar lagi lepas ni”.
Aku tersengih, faham benar
beliau dengan perangai aku yang sejak akhir-akhir ini sering menjadikan lagu
itu sebagai halwa telinga. Maklumlah, Yusuf Shufiuddin yang memberinya. Kalau buah
hati pengarang jantung yang beri, siapa tidak suka?
Mulutku terlopong. Biar betul! Aku mendapat tangga kesepuluh
dalam peperiksaan tempoh hari. Daripada tempat pertama turun mendadak ke tangga
yang aku anggap sangat memalukan!
Aku duduk kembali ke tempat dudukku. Kepala kuletakkan di
atas meja. Tiba-tiba aku berasa hangat. Mata kubuka. Afifah meletakkan tangannya
pada bahuku. Dia sangat mengambil berat. Dia sepatutnya bergembira kerana
mendapat tempat ketiga dalam tingkatan turut bersedih melihat keadaanku. Aku benar-benar
terharu.
“Allah nak uji kau. Mungkin juga Allah mahu kau muhasabah
balik”.
“Astaghfirullah al-azim”,aku beristighfar. Tiba-tiba aku
teringat sesuatu. Aku mengangkat kepala dan bertanya, “Apa pendapat kau kalau
lelaki dan perempuan chat tentang ilmu agama?”
“Ni pendapat aku. Kalau salah tolong betulkan”,dia
memulakan. “Bagi aku, boleh je kalau kita bermusyawarah dengan ikhwan hal-hal
agama tapi…”
“Tapi…?” soalku.
“Tapi kalau boleh carilah akhawat dulu. Kalau betul-betul
tiada akhawat yang arif, barulah cari ikhwan. Yelah, kadang-kadang syaitan
boleh menipu”.
“Syaitan boleh menipu?”, soalku lagi.
“Ada orang yang suka sangat chat atau mesej sesame berlainan
jantina kononnya atas dasar agama. Perbualan pun penuh keagamaan. Ajak buat
ibadah itulah inilah. Tapi diorang tak sedar sebenarnya syaitan tengah cucuk
jarum untuk merapatkan hubungan diorang. Sebab itulah ada pendakwah yang
terjebak juga dengan zina. Diorang fikir, diorang nak tipu syaitan, tapi
sebenarnya terbalik!”
Aku mengangguk-angguk. Afifah menyambung, “Niat tak
menghalalkan cara. Ramai orang yang menghalalkan ikhtilat dengan dasr dakwah. Padahal
dakwah itu jugalah yang tarik diorang ke neraka. Islam ini syumul. Benda-benda
kecil macam ni pun kena jaga. Redha Allah pun kena titik bertakan. Apalah
gunanya hidup kalau Allah tak redha”.
Aku terkesima. Subhanallah! Inilah yang selama ini kucari. “Terima
kasih, Fifa”.
“Ya Allah, terima kasih atas hidayah ini. Dekatkanlah aku
dalam ribaan-Mu. Moga redha-Mu menghiasi jiwaku.
Ameen~”
Balik wajib tiba lagi. Inilah peluang terakhirku untuk
menyerunya ke jalan Allah. Berdakwah dalam erti sebenar-benarnya!
“Assalamualaikum.
Sebenarnya kita dah tersalah. Ana
fikir ana dapat mardhatillah (keredahaan Allah) denagn mengingatkan enta
tentang Allah. Tapi ana salah. Shufiuddin, marilah kita kembali ke pangkal
jalan.
Oh ye, sekejap lagi ana akan
deactivate FB. Memang ana akui ada kebaikan FB tapi ana takut FB ini
menyebabkan ana lalai.
Ni last kita contact. Ana harap
kita kembali ke jalan-Nya yang benar-benar Dia redhai
Ameen~
~mencari redha-Nya~
Ibtisam
Butang send ku tekan. Alhamdulillah, Berjaya juga ku menjumpai
hidayah-Nya. Aku akui bahawa cinta kepada Shufiuddin amsih terasa namun segera
kupinggir jauh. Tidak dinafikan, ada masa juga aku teringat memori bersamanya. Cepat-cepat
kuucap istighfar. Meyakini bahawa cinta Allah itu berjuta-juta kali lebih
hebat! Perjuangan meminggir nafsu duniawi perlu diteruskan walaupun rasanya
perit. Syurga itu penuh dengan kemanisan! Jihad is bitter, jannah is sweet!
Siapakah
yang menurunkan kita rezeki?
Siapakah
yang memberi kita udara?
Siapakah
yang melapangkan jiwa?
Siapakah
yang menghulur berbagai-bagai nikmat?
Allah.
Hanya itu jawapannya. Dia itu satu,
tiada yang lainnya. Patutkah yang lain diletakkan lebih utama daripada Allah
dalam hati manusia?
“Beruntunglah bagi yang menyucikannya,
merugi bagi yang mengotorinya…”
(Al-Syams)
Catatan
hati:
Betapa
ramai manusia yang menyimpang dari jalan-Nya
Dek
ditipu syaitan durjana,
Jauhi
ikhtilat
Jauhi
lagha.
Banyakkan
masa untuk membaiki hubungan dengan Yang Maha Esa~
0 comments:
Post a Comment