Mencari Redha Ilahi

A

Pages

Friday 20 April 2012

Jihad Juadah Jannah


Friend Request kusemak. Tertera beberapa baris nama sahabat-sahabat setingkatanku. Ada juga beberapa akhawat yang tidak kukenali. Kesempatan untuk berukhuwah ini kusahut segera. Allah S.W.T. berfirman :
Maksud: Sesungguhnya mukmin itu bersaudara
                                                                                                        (Hujurat : 10)
Namun, ada sebuah nama lagi yang tertinggal. Keliru untuk di’confirm’ sahaja atau di’ignore’. Yusuf Shufiuddin. Dua patah nama yang terus membiarkan aku dilema.
“Tak apalah. Dia kawan sama form”, tanpa berfikir lagi, aku menyenaraikan Shufiufddin dalam senarai nama rakan-rakanku.
Yusuf Shufiuddin. Dua patah nama yang cukup indah ertinya. Dua patah nama itu jugalah yang membuatkan ramai pelajar muslimat jatuh hati. Pakej lengkap yang diidamkan oleh seorang wanita telah dimilikinya. Kacak, bijak dan warak. Apa lagi yang mereka mahu? Poket berisi? Yusuf Shufiuddin ada. Namun, hatiku tidak pernah melekat padanya.
Sebuah notification tiba-tiba hadir memecah lamunanku. Segera kulihat dan kutekan. Page ‘home’ berganti dengan ‘Wall’ milikku.
Aku tergamam. Yusuf Shufiuddin, pengawas BADAR Sekolah Agama Menengah Islami Firdausi itu memberikan sebuah lagu nasyid kepadaku? Bukankah dia sangat menjaga batas pergaulan?
“Mungkin dia nak berdakwah”, kataku kepada diri sendiri. Tidak baik berburuk sangka. Kebanyakan buruk sangka atau suu dzon itu berdosa hukumnya.
Ruang komen yang telah disediakan oleh Facebook kuisi ringkas. “Shukran”.
Yusuf Shufiuddin segera menghantar sebuah mesej yang berbunyi, “Afwan, enti ni Ibtisam kelas 4 Al-Jabar kan?”
Aku membalas, “Ya. Enta 4 Ibnu Khaldun kan?”
“Yup.Thanks approve ana”.
“Welcome”.
“Dengar-dengar cerita, ikhwan dan akhawat Jabar semuanya jenis happy-go-lucky. Kelas tu kecoh kan? Haha. Enti pon sama ke?”
“Haha. Ye ke? Ana? Maybe. Tak silap ana, Khaldun pun sama je kan?”
“Hehe. Mana ada. Kitaorang baik tau”.
“Eleh, baik konon”, aku mencebik.
Aku melihat jam di skrin computer. 1.25 petang. Sudah masuk waktu zohor. Walaupun sibuk bagaimanapun kita menjaga ukhuwah sesame jantina mahupun yang berbeza jantina, Allah tetap yang paling utama.
“Eh, dah zohor lah. Solat jom”. Aku mengajak.
“Okay. Thanks ingatkan ana. Inilah namanya menjaga ukhuwah fillah kan? Okaylah. Assalamualaikum”. Shufiuddin mengakhiri perbualan.

************************************
Tafsir Quran yang terletak di rak segera kucapai.; Inilah surat cinta daripada Allah buatku. Mesti dibaca dan dijaga sentiasa. Pernah seorang senior memberitahuku dua perkara yang dapat melembutkan hati ialah zikr maut atau mengingati mati dan membaca Quran.
Istiadzah dan basmalah meniti di bibirku. Aku terus hanyut dibuai ketinggian bahasa kalam Allah ini. Namun, bacaanku terhenti pada dua potong ayat Al-Quran :
“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya”.
                                                                                                                   (Al-Mu’minun : 1-2)
Tafsir Quran kututup. Merenung jauh bagaimana solatku yang terumbang-ambing. Banyak lalai daripada mengingati-Nya. Padahal solat itu alat komunikasi untuk aku berhubung dengan Yang Maha Esa.
Terbayang facebook di mata. Al-Quran milikku kutinggal tepi. Tanpa berlengah lagi, aku membuka laman social itu. Senang hati melihat Shufiuddin juga sedang online. Aku menegurnya di chatbox.
Ibtisam      : Assalamualaikum.
Shufiuddin: Waalaikumussalam.
Ibtisam       : busy? Ana nak tanya something.
Shufiuddin : Nope. Tafaddhal.
Ibtisam       : Macam mana nak khusyuk solat?
Shufiuddin : Oh… 1) Istighfar dan baca surah An-Nas.
                                2) Fokus pada tempat sujud.
                                3) Bayangkan solat itu solat terakhir kita.
                                4) Bayangkan Kaabah ada di hadapan kita, kiri adalah neraka, kanan adalah          
                                    Syurga dan belakang kita pula ada malaikat Izrail.

Ibtisam       : Shukran. Actually ana dah try tapi still tak berjaya.
Shufiuddin : Ana pon. Maybe sebab dosa terlalu banyak.
Ibtisam       : Nampaknya ana kena qiam dan tahajjud lebih sikit lah kot.
Shufiuddin : Enti nak qiam esok?
Ibtisam       : Haah. Kenapa?
Shufiuddin : Ni nombor ana. 0123456789. Tolong kejut ana esok, boleh?
Ibtisam       : Err… Kenapa tak guna alarm phone je?
Shufiuddin : susah sikit nak bangunlah. Kalau ada orang kejut, semangat sikit nak bangun.
Ibtisam       : Okay. Insha-Allah.
Shufiuddin : Insha-Allah. Nak tidurlah. Night. Assalamualaikum.
Ibtisam       : Night. Waalaikumussalam.

Hati terasa berbunga-bunga bagaikan seisi alam ini milik aku. Bulan tersenyum riang. Bintang-bintang galak bersinar menutup cela si malam. Pohon melambai-lambai dibelai sang bayu. Semuanya indah. Moga esok hari ada bahagia menanti.
**************************************
“Hello. Assalmaualaikum”, suara garau di hujung talian menggegarkan hati kecilku. Terkelu lidah menjawab.
“Hellao?”, katanya lagi. Aku masih membatu. Selama ini aku tidak pernah berhubung dengan mana-mana lelaki selain keluargaku. Butamg merah kutekan mematikan panggilan.
Aku beristighfar berulang-ulang kali. Dek permintaan Yusuf Shufiuddin untuk mengejutkannya, aku menurutinya dan kerana itulah aku terlalali. Padahal sepatutnya Allah yang diingati, bukan Yusuf Shufiuddin.
Sejadah kubentang. “Allahuakbar”, takbir kuangkat memecah keheningan pagi. Kedamaian ini melapangkan jiwa. Sulaman cinta Ilahi menarik aku ke lembah ukhrawi.
Dalam sujud terakhir aku memanjatkan doa, “Ya Allah, aku hamba-Mu yang lemah. Kuatkanlah aku untuk terus meniti di atas keredhaan-Mu”.
Deraian air mata mengalir semakin deras. Aku hanya berdoa agar aku mampu keluar daripada kegelapan dosa ini. Dosa apa? Aku sendiri tidak pasti jawapannya.
*****************************
Hari Isnin muncul jua akhirnya. Mentari gembira memancar cahayanya. Kami pelajar Sekolah Agama Menengah Islami Firdausi kembali dari rumah ke asrama semula untuk menjalankan kehidupan sebagai pelajar asrama seperti biasa. Tepat pukul tujuh pagi, aku meninggalkan dorm untuk pergi ke sekolah.
“Ibtisam!” Aku memandang Afifah.
“Ye?” Tanyaku.
“Hari ni ada bacaan Yasin kan? Nanti nak share Quran dengan kau eh!”
Aku mengangguk. “Thanks!”, katanya lagi.
Pada setiap pagi Selasa dan Khamis, pihak sekolah mengadakan bacaan Yasin di kelas masing-masing. Semua pelajar wajib menyertainya. Seorang pelajar lelaki akan mengetuai bacaan Yasin dengan menggunakan mikrofon yang terletak di pejabat. Sistem pembesar suara yang menghubungkan seluruh sekolah memperdengarkan bacaan Yasin dan harus diikuti oleh semua pelajar.
Langkah kuteruskan menuju ke kelas. Sebuah susuk menghentikan langkahku. Pandangan mata kami bertembung. Ada sebuah renjatan elektrik yang menggugurkan jantungku. Yusuf Shufiuddin juga melarikan diri daripada kancah zina.
Hatiku mula tidak senang. Mengapa dia yang sangat mesara bergaul denganku di Facebook, tiba-tiba menjadi sangat pemalu di sekolah? Adakah kerana pihak sekolah telah menggariskan panduan batasan pergaulan sesame ikhwan dan akhawat atau kerana dia malu dek bersua ‘face-to-face’? Aku terdiam sejenak memikirkan hal ini.
Mungkin juga kedua-duanya. Hurm…mungkin…
“Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Ooo.. ooo..ooo..
Hatiku rasa sesuatau…”
Lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff tiba-tiba berlegar-legar dalam fikiranku. Buku Fizik yang sarat dengan bermacam-macam formula kututup setelah sejam menelaahnya. Berat juga otak ini. Boleh meletup sekiranya tidak berhenti dan mengambil rehat seketika.
Pap! Aku menepuk peha Afifah yang duduk di sebelahku. Tersentak dia sebentar.
“Ouch!”, dia mengaduh.
“Hehe… sorry”,
Dia tergelak manis. “Tak adalah. Tak sakit pon. Ha kenapa ni? Dah boring study?”
Aku mengangguk. “Aku nak kacau kau study sekejap, boleh?”
Afifah menutup buku Kimia keluaran Oxford Fajar itu. “Boleh boleh. Aku pun ngantuk ni. Eloklah kalau kau nak borak dengan aku ni”.
“Pernah dengar lagu Cinta Muka Buku?”, aku memulakan.
“Pernahlah sekali dua. Ada certain yang sibuk menyanyi lag utu. Kenapa hot sangat Cinta Muka Buku tu?”
“Maybe sebab lag utu memang kena denganremaja sekarang. Lagipun melodinya menarik. Cinta Facebook kan tengah famous sekarang ni? Apa pendapat kau?”
“Aku tak minatlah”, Afifah menjawab pendek.
“Kenapa?”, sengaja kusoal lagi.
“Lagha”
“Lagha?”, aku bertanya kembali.
“Eh, banyak tanya pula kau ni”. Dia tergelak kecil. “Bukankah kau lagi tahu pasal agama daripada aku?”
“Bila masa pula”, aku berdalih. Sebenarnya, aku dianggap arif tentang hokum oleh rakan-rakanku. Namun, aku tidak pula berasa layak dianggap[ sebegitu. Banyak lagi yang harus ku perbetulkan. Terlalu banyak cacat cela aku. Oleh sebab aku asyik memberi, hati jadi kering. Aku juga perlukan pengisian.
“Lagha tu sia-sia. Apa-apa sahaja yang sia-sia itu dikira lagha. Buang masa tanpa zikrullah tu lagha, berborak perkara yang tak berfaedah pun lagha juga. Sedangkan dengar nasyid pun kadang-kadang boleh dikategorikan sebagai lagha apatah lagi lagu-lagu di radio tu”.
Aku terdiam sejenak memikirkan kata-katanya. Ada terselit kebenaran dalam setipa perkataanya.  Aku harus membongkar kehidupan ini. Moga suatu hari nanti aku berjumpa dengan jawapan bagi setiap bait doaku.
Redha Ilahi!
Allah perkenankanlah doaku!
************************************
Tiga minggu berlalu begitu pantas. Bagaikan bumi ini tidak melaui tiga minggu yang penuh duri. Seksa peperiksaan! Matematik Tambahan, Biologi, Sejarah, Fizik, Kimia. Semuanya menyeksa jiwa. Kalaulah aku bukan muslim, sudah lama aku bunuh diri agaknya.
Manakan tidak, soalan yang digubal oleh guru-guru sekolah ini kebanyakannnya aras satu. Oh, mungkin juga aras 0. Sukatan pelajaran yang hanya dipelajari di university juga turut dimuatkan dalam kertas soalan kami. Jika matapelajaran Sejarah, mungkin juga boleh hentam keromo, tetapi kalau Fizik, mahu hentam apa?
Berpeluh-peluh juga aku menjawab soalan tahap university itu meski hanya satu atau dua. Namun, aku lihat yang lain sungguh selamba. Wah, ini sungguh hebat! Adakah mereka benar-benar dapat menjawab atau hanya redha dengan ketentuan-Nya?
Aku yakin sungguh bahawa nanti aku akan mendapat keputusan yang cemerlang lagi. Mungkin juga bakal mendapat tempat pertama dalam tingkatan seperti biasa. Aku sangat yakin. Tambahan pula, ibu bapaku memang genius dan melahirkan anak-anak yang tidak ketara kegeniusannya. Ceh, bunyi seperti berlagak pula.
*******************************
Shufiuddin : Salam =)
Ibtisam       : Wassalam =)
Shufiuddin : Macam mana exam? Mesti gempak kan?
Ibtisam       : Haha. Tak tahulah. Tawakkal je.
Shufiuddin : Hurm ye la tu. Tau-tau je dia dapat nombor satu lagi.
Ibtisam       : Ish… Macam-macam lah enta ni. How’s yours?
Shufiuddin : Biasa-biasa je. Ana tak gempak macam enti.
Ibtisam       : Eleh, humble pula dia.
Shufiuddin : =)

Aku menggeleng kepala. Kuat juga dia bergurau. Tidak saangka aku. Aku menaip papan kekunci.

Ibtisam       :  Ana nak tanya something, boleh?
Shufiuddin : Berthing-thing pon boleh.
Ibtisam       : Enta biasa chat ngan perempuan ajnabi ke?
Shufiuddin : Actually tak. Only you.
Ibtisam        : Hmm…nampaknya kita sama…

Suasana menjadi hening seketika. Mungkin dia juga berfikir sama sepertiku. Gusarkan sesuatu.

Shufiuddin : Kenapa tanya?
Ibtisam       : Taklah, ana pernah terfikir, bolehkah perempuan berhubung dengan lelaki even cuma     melalui                     chat?
Shufiuddin : Ana rasa boleh je. Kita tak couple. Tak borak perkara lagha. Perbualan kita ada unsur-unsur             mengingati Allah. Ajak solat, qiam, baca quran. Kalau borak benda lain pun, niat menjaga ukhuwah. Bukan kah semua muslim itu bersaudara?

Aku mengiyakan kata-katanya. Lega hatiku mengetahui hubungan ini tidak berdosa. Hati ini berbunga-bunga riang. Khabar angina ada mengatakan Yusuf Shufiuddin turut jatuh hati padaku.
******************************
Sabtu
~in room~
Dear diary,
Aku rasa hati tak tenanglah. Solat pun makin tak khusyuk. Padahal solat taubat setiap hari aku buat. Quran baca after every solat. Sedekah dah buat. Tolong orang pun dah. Apakah?
Ya Allah,
Bantulah aku mencari jalan keluar~
                                                                                                                                    Dilemma,
                                                                                                        ibtisam                                                                          

Diari kututup. Segera kusimpan semula di dalam laci. Ibu yang sedang melipat kain kudatangi. Sambil tangan melipat kain, aku bertanya kepada ibu, “Ibu , dulu ada tak orang minat ibu?”
Ibu ketawa mendengar soalan cepumas. Pelik-pelik Ibtisam ini. “Kenapa? Ada orang minat adik ke?”
“Ala ibu ni..orang tanya ibu, ibu tanya orang balik pulak”, aku membuat gaya merajuk.
Ibu ketawa lagi. “Adalah kot”.
“Ooo.. ibu minat dia tak?”
“Entahlah. Ibu pun tak tahu. Kalau ada pun rasa minat kat dia, ibu cuba nafikan. Ibu cakap kat diri sendiri yang ibu takde perasaan kat dia. Kalau ibu rindu, ibu cerita pada Allah. Kalau kecewa pun ibu cerita pada Allah. Memang susah nak jaga hati tetapi redha Allah lebih utama. Susah macam mana pun mesti Allah akan tolong. Percayalah”.
Aku mengangguk lemah. Memikir kata-kata ibu yang cukup mendalam ertinya. Ibu menyambung, “Adik jangan berpegang kat lagu UNIC ‘See U di IPT’ tu. Kalau boleh jangan dengar lagi lepas ni”.
Aku tersengih, faham benar beliau dengan perangai aku yang sejak akhir-akhir ini sering menjadikan lagu itu sebagai halwa telinga. Maklumlah, Yusuf Shufiuddin yang memberinya. Kalau buah hati pengarang jantung yang beri, siapa tidak suka?

Mulutku terlopong. Biar betul! Aku mendapat tangga kesepuluh dalam peperiksaan tempoh hari. Daripada tempat pertama turun mendadak ke tangga yang aku anggap sangat memalukan!
Aku duduk kembali ke tempat dudukku. Kepala kuletakkan di atas meja. Tiba-tiba aku berasa hangat. Mata kubuka. Afifah meletakkan tangannya pada bahuku. Dia sangat mengambil berat. Dia sepatutnya bergembira kerana mendapat tempat ketiga dalam tingkatan turut bersedih melihat keadaanku. Aku benar-benar terharu.
“Allah nak uji kau. Mungkin juga Allah mahu kau muhasabah balik”.
“Astaghfirullah al-azim”,aku beristighfar. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku mengangkat kepala dan bertanya, “Apa pendapat kau kalau lelaki dan perempuan chat tentang ilmu agama?”
“Ni pendapat aku. Kalau salah tolong betulkan”,dia memulakan. “Bagi aku, boleh je kalau kita bermusyawarah dengan ikhwan hal-hal agama tapi…”
“Tapi…?” soalku.
“Tapi kalau boleh carilah akhawat dulu. Kalau betul-betul tiada akhawat yang arif, barulah cari ikhwan. Yelah, kadang-kadang syaitan boleh menipu”.
“Syaitan boleh menipu?”, soalku lagi.
“Ada orang yang suka sangat chat atau mesej sesame berlainan jantina kononnya atas dasar agama. Perbualan pun penuh keagamaan. Ajak buat ibadah itulah inilah. Tapi diorang tak sedar sebenarnya syaitan tengah cucuk jarum untuk merapatkan hubungan diorang. Sebab itulah ada pendakwah yang terjebak juga dengan zina. Diorang fikir, diorang nak tipu syaitan, tapi sebenarnya terbalik!”
Aku mengangguk-angguk. Afifah menyambung, “Niat tak menghalalkan cara. Ramai orang yang menghalalkan ikhtilat dengan dasr dakwah. Padahal dakwah itu jugalah yang tarik diorang ke neraka. Islam ini syumul. Benda-benda kecil macam ni pun kena jaga. Redha Allah pun kena titik bertakan. Apalah gunanya hidup kalau Allah tak redha”.
Aku terkesima. Subhanallah! Inilah yang selama ini kucari. “Terima kasih, Fifa”.
“Ya Allah, terima kasih atas hidayah ini. Dekatkanlah aku dalam ribaan-Mu. Moga redha-Mu menghiasi jiwaku.
Ameen~”

Balik wajib tiba lagi. Inilah peluang terakhirku untuk menyerunya ke jalan Allah. Berdakwah dalam erti sebenar-benarnya!

“Assalamualaikum.
Sebenarnya kita dah tersalah. Ana fikir ana dapat mardhatillah (keredahaan Allah) denagn mengingatkan enta tentang Allah. Tapi ana salah. Shufiuddin, marilah kita kembali ke pangkal jalan.
Oh ye, sekejap lagi ana akan deactivate FB. Memang ana akui ada kebaikan FB tapi ana takut FB ini menyebabkan ana lalai.
Ni last kita contact. Ana harap kita kembali ke jalan-Nya yang benar-benar Dia redhai
Ameen~
                                                                                                              ~mencari redha-Nya~
                                                                                                                       Ibtisam
Butang send ku tekan. Alhamdulillah, Berjaya juga ku menjumpai hidayah-Nya. Aku akui bahawa cinta kepada Shufiuddin amsih terasa namun segera kupinggir jauh. Tidak dinafikan, ada masa juga aku teringat memori bersamanya. Cepat-cepat kuucap istighfar. Meyakini bahawa cinta Allah itu berjuta-juta kali lebih hebat! Perjuangan meminggir nafsu duniawi perlu diteruskan walaupun rasanya perit. Syurga itu penuh dengan kemanisan! Jihad is bitter, jannah is sweet!
Siapakah yang menurunkan kita rezeki?
Siapakah yang memberi kita udara?
Siapakah yang melapangkan jiwa?
Siapakah yang menghulur berbagai-bagai nikmat?
Allah.
Hanya itu jawapannya. Dia itu satu, tiada yang lainnya. Patutkah yang lain diletakkan lebih utama daripada Allah dalam hati manusia?
“Beruntunglah bagi yang menyucikannya, merugi bagi yang mengotorinya…”
                                                                                                     (Al-Syams)


Catatan hati:
Betapa ramai manusia yang menyimpang dari jalan-Nya
Dek ditipu syaitan durjana,
Jauhi ikhtilat
Jauhi lagha.
Banyakkan masa untuk membaiki hubungan dengan Yang Maha Esa~

Read more...