Mencari Redha Ilahi

A

Pages

Sunday 6 November 2011

Darah Perjuangan (episod : 1)

     "What the hell!" Ryan atau nama penuhnya Raffique Rayyan bertempik lantang.
   
     "Apa hal? Susah sangat ke soalan ni? Kau kan genius. Takkan jawab Add Math pun tak boleh?" kata Amir.

     "Aku tak cakap soalan ni yang hell, aku maksudkan kau yang hell, gila. Ada ke patut soalan senang macam ni pun tak dapat buat?"

          "Dah. Sekarang aku nak kau ajar. Cakap banyak pun tak guna".

          Rayyan pergi ke hadapan kelas. Kebetulan pula semua guru sedang bermesyuarat, bolehlah dia menggunakan kesempatan ini untuk menunjukkan kegeniusannya kepada semua ahli kelas 4 Aristotle. Inilah masa yang paling tepat untuk dia bersifat takabbur, riya', dan ujub. Syaitan ketawa terbahak-bahak.

          Pen marker dicapai Rayyan. Dia menepuk-nepuk papan putih untuk mendapatkan perhatian. "Perhatian! Hari ini aku nak tunjuk cara selesaikan differentiation dengan senang. Amir, tolong fokus ye. Aku taknak tunjuk 2 kali".

          Kelihatan semua mata seolah-olah bersinar. Mungkin juga kegembiraan kerana menemui formula mudah bagi differentation. Mungkin juga terpesona dengan ketampanan Rayyan. hidungnya sangat kembang rasanya. Terla;u bangga. Populariti beb! Siapa yang tidak mahu.

                           **********************************
           Cekap tangan Rayyan menepis tumbukan yang diaju oleh Daniel. Dia menarik Daniel dan merapatkan bibirnya ke telinga Daniel.

           "I won't fight here", tenang Rayyan berbisik.

           Laju daniel menolak dada Rayyan. Rayyan terundur beberapa tapak ke belakang. Namun riak wajahnya biasa sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia memperkemas tali lehernya.

           "Woi! Kau ingat aku gay ke?", Daniel menjerit. Marah dengan tindakan Rayyan yang mendekatkan diri kepadanya.

           Rayyan menepuk bahu Daniel. "Ini kawasan sekolah. Aku tak nak terlibat dengan kes sekolah. Kalau nak fight, kita pergi dewan dekat dengan rumah kau tu".

           Memang Rayyan tidak mahu menarik ibu bapanya ke dalam pergaduhan 'kecil' ini. Lebih payah apabila pihak sekolah dan mungkin juga pihak polis terbabit sama. Tambahan pula, papanya Dato' Seri Hassan merupakan penyumbang dana terbesar sekolah. Dia harus menjaga prestij ibu bapanya sendiri.

           Tidak dinafikan, Rayyan memang seorang yang agak nakal tetapi dia pandai menjaga maruahnya. Tidak ramai yang mengetahui belang si Rayyan. Oleh sebab itulah dia menjadi 'hot stuff' di sekolah dek kegeniusan, kekacakan dan sifat baiknya.

           " Apa pasal? Takut dengan cikgu?", Daniel ketawa terbahak-bahak.

           "Bukan takut". Rayyan sengih sinis. "Black belt tak bawa. Lain macam rasanya".

           "Ceh, berlagak kau ye!"

           "Aku tak berlagak. Aku yakin kau tak akan menang lawan dengan aku".

                  **********************************************

           Daniel mengerang kesakitan. Kaki sebelah Rayyan berada di atas perutnya. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit dibelasah oleh Rayyan. Dia sudah tidak mampu mengangkat badannya daripada lantai.

           Rayyan menghulur tangan kanannya. Daniel tercengang. Mungkin terkejut dengan tindakannya yang tiba-tiba bersikap baik.

           "Tak payah nak tunjuk kau tu malaikat. Kalau dah memang setan, sampai bila-bila pun setan juga!", Daniel menolak bantuan Rayyan. Terasa egonya dipijak-pijak apabila dilakukan sebegitu.

           Rayyan mencangkung dan mengahadapkan muka kepada Daniel. "Kau memang degil, kan?", Rayyan menarik sengih sinis. Dia mengeluarkan sesuatu daripada poketnya.

            "Nah, ni RM1000. kau ambik duit ni. Pergi belanja geng-geng kau. jangan kacau geng aku lagi, faham?" Rayyan merenung tepat ke dalam anak mata Daniel.

            "Kau yang kacau geng aku. Aku dah cakap, jangan ambik port kitaorang jual ganja!"

            "Aku ni bukan baik sangat. Tapi, aku nak nasihatkan, tak payahlah jual 'benda' tu. Mati dalam penjara buat apa? Malukan keturunan je", balas Rayyan.

            "Oh...lagi satu", Rayyan menyambung, "port tu dah jadi geng aku punya. Kalau nak rasa kena belasah lagi sekali dengan 10 orang pemegang black belt, ahlan wasahlan ke tempat tu ye".

            Dia meninggalkan Daniel yang masih terbaring di atas lantai itu keseorangan. Duit-duit kertas RM50 berselerak di atas badan musuh ketat Rayyan itu. Daniel mengepal penumbuknya. Terasa begitu hina diperlakukan oleh Rayyan. Dalam diam, dia memasang dendam.

            "Hari ni, hari kau. Esok, hari aku", dia berbisik.

            *****************************************************

            bersambung...................                                                                    

episod 2 :click here
                                                                                                              by: Nazrah El Husna

0 comments:

Post a Comment