Mencari Redha Ilahi

A

Pages

Monday 7 November 2011

Darah Perjuangan (episod : 3)

           
episod 1 : click here
episd 2   : click here



                 Orang muda itu tersenyum. " Aku professor Syakir. Selamat berkenalan ", beliau menghulur tangannya.

            Mata Rayyan membesar. patutlah Rayyan seolah-olah sangat biasa dengan wajah itu.


         " kau yang cipta nuklear kan? aku minat sangat dengan kau. Oh...patutlah dah lama tak dengar cerita tentang kau",Rayyan sedikit sayu.


        " Professor Syakir tersenyum. " masuk hari ni, dah 2 tahun aku kat sini"

       Terbuntang mata Rayyan. "2 tahun ? tak bosan ? "

        " selagi Allah ada, mana wujud erti bosan. Kadang-kadang aku terfikir,bagus juga Allah letak aku dalam ni. Sekurang-kurangnya aku boleh fokus beribadah kat Dia. Kalau kat luar sana, tugasan banyak sangat. Sebenarnya, aku betul-betul bersyukur"


       "Macam mana kau boleh redha macam tu saja? " Rayyan kehairanan. Pelik sungguh professor yang seorang ini.


      " Aku dapat inspirasi daripadi Yusuf alaihi salam. tahu tak apa yang dia doa pada Allah? "

     Rayyan menggeleng.Beliau menyambung.


      Yusuf kata : " Wahai Tuhanku ! penjara itu lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka"

   
        " wow ! " Rayyan terkesima. Tidak sangka   nabi Yusuf sanggup dipenjara. Sudahlah kacak,sanggup pula dikurung ? musykil.


        " eh, macam mana kau boleh kat sisni? " tanyanya lagi.


        Professor itu menarik nafas dalam-dalam. " aku difitnah. kau kenal Barane Obamee ? "


       Rayyan mengangguk. Mestilah kenal. Tidak mungkin dia tidak mengenali Presiden Amerika Syarikat itu. Dia bukannya katak yang tinggal di bawah tempurung.


       " Dia senior aku time kat Universiti Harvard dulu. Aku kamceng juga dengan dia. Bertahun-tahun lepas kitorang keluar dari universiti, dia jadi presiden dan aku pula jadi profesor. Dia pernah datang Malaysia untuk jumpa aku. Aku raikan kedatangan dia sebagai sahabat lama " .



     Beliau membetulakn posisi duduknya. "Sebenarnya Obamee laknatullah tu ajak aku join pusat nuklear kat Amerika. Aku pun tolak elok-elok. Lagipun, semua tahu bom-bom tu akan digunakan untuk menghancurkan negara-negara Islam. Sejak itu jugalah, aku nampak hikmah kenapa Allah larang Muslim untuk bersahabat dengan kafir ".


        Beliau menghentikan kata-katanya lalu menyambung semula, " lepas tu dia  terus tuduh aku rancang nak bunuh dia. Oleh sebab dia ada kuasa,polis-polis pun kecut. Akhirnya, diorang hantar aku kat sini. Kononnya nak kurangkan penderitaan aku " .


       Rayyan mengangguk-angguk. Terasa malu menebal di muka. Malu dengan ketabahannya yang tidak seberapa. Malu dengan imannya yang hancur semua. Malu dengan semua yang berkaitan denagn dirinya. Cukup malu.


         Professor Syakir mendongakkan wajahnya ke jeriji besi kecil di hujung atas bilik itu. " Eh, matahari dah naik. Aku rasa zohor dah masuk. Jom kita solat ", beliau mengajak.



       Solat? lutut Rayyan menggigil menedengar kalimah itu. " Errr... sebenarnya aku dah lama tak solat. Time kecik dulu ada lah buat. Sekarang dah tak ingat " akhirnya terkeluar juga ayat itu daripada bibirnya.



       " tak apa. aku kan ada? Apa gunanya muslim, kalau tak bantu saudaranya? "


        Rayyan tersenyum. Pintu hidayah terbentang luas di hadapan matanya

                                                                                                         by : Nazrah El Husna

      ************************************************************


        BERSAMBUNG..
        TO BE CONTINUED..

episd 4 : click here
     



0 comments:

Post a Comment