Mencari Redha Ilahi

A

Pages

Friday 11 November 2011

Darah Perjuangan (episod : 5)

kalau belum baca episod 1, klik sini
kalau belum baca episod 2, klik sini
kalau belum baca episod 3, klik sini
kalau belum baca episod 4, klik sini




           Kalendar di bilik panglima Daud diselak satu persatu. 20 April 1348 masihi. Rayyan terlopong namun segera ditutup mulutnya kerana bimbang dimasuki lalat. Ini bermakna dia kembali ke 663 tahun yang lampau. Suatu tempoh yang cukup panjang. Malah, Sultan Mahmud yang ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang juga belum dilahirkan lagi. Sebuah lagi persoalan yang tidak terjawab. Di manakah Rayyan sekarang?

          Dia menyelak langsir dan membuka daun tingkap. Cahaya matahari memasuki bilik itu. Terlihat pepohon nan hijau dan burung-burung menyanyi kegembiraan. Nun jauh kelihatan sebuah bangunan berkubah hijau gelap. Palestin ! Inilah jawapannya.

          Rayyan berlari keluar dan menuju ke bangunann itu. Sakit kepala yang dideritainya tidak lagi dipeduli. Apa yang dia ingat,dia tercampak ke dalam tempat itu sewaktu mula-mula keluar daripada suatu cahaya yang menghubungkan antara hospital sakit mental dengan Palestin. Masjid al-Aqsa lah tempat tersebut! Rayyan sibuk mencari cahaya itu untuk kembali semula ke dunia asalnya.

          " musuh atau sahabat ?!! ". Satu suara garau menggertak Rayyan daripada belakang.

          " Sahabat ! ", jawab Rayyan dalam ketakutan.

          Lelaki tersebut menghampiri Rayyan . " Jangan risau, selagi engkau tidak menyebelahi pihk musuh Islam,kau selamat " Lelaki yang berada di belakang Rayyan menepuk bahunya.


         Rayyan berpaling ke belakang dan menghadap wajah lelaki untuk mengucapkan terima kasih. Namun, saat dia melihat wajah lelaki itu, mereka berdua terperanjat.



       " hah ? " jerit mereka serentak.



        ********************************************



      " Jadi kau datang dari masa hadapan? " Panglima Khalid meletakkan dua cawan kopi di atas meja lalu mengambil secawan daripadanya dan menghirup perlahan-lahan.


      Seusai mengucap terima kasih, Rayyan meniru perbuatan Panglima Khalid. " Ya. Aku datang dari Malaysia....errr... maksud aku Tanah Melayu".



     " Oh..aku kenal Tanah Melayu. Tapi kerana sibuk mempertahankan bumi nabi ini, aku tak berkesempatan berdagang dan berdakwah di sana ", jawab panglima Khalid.



       Rayyan mengangguk-angguk. " Tapi yang aku hairan, bagaiman akita boleh serupa ? Yang berbeza hanya kemancungan hidung dan umur sahaja "



     " Apa yang hendak dihairankan. Allah itu Maha Berkuasa. Hanya dengan ucapan kun (jadilah), maka jadilah" terang beliau.



        Rayyan mengiyakan kata-kata Panglima Khalid. " Eh, aku kena cari jalan balik. Takut juga kau tinggalkan sahabatku bersendirian. Terpaksalah aku kembali ke masjid al-Aqsa,tempat kita bertemu tadi "


       " Baik. Moga Allah sentiasa bersamamu,Rayyan. Doakan bumi Palestin in selamat", kata Panglima Khalid sambil memeluk Rayyan. Kehangatan ukhuwah terasa. Hati ini terisi.


  
     " Insya Allah " Rayyan berasa sayu.


   **********************************************


     Rayyan membangunkan Professor Syakir. Hri sudah menjelang subuh. Beliau menggeliat dan menukar posisi baring kepada duduk. Doa bangun tidur dibaca :
       segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepada-Nya kami kembali.

      " Saya ada benda nak bagi tahu. Kita solat subuh jemaah dulu ",kata Rayyan. Beliau hanya menuruti.

   
*********************************************************


                                                                                                    by : Nazrah El Husna


To be continued...
bersambung.

0 comments:

Post a Comment