Mencari Redha Ilahi

A

Pages

Thursday 24 November 2011

Darah Perjuangan (episod : 6)

episod 1,klik sini
episod 2,klik sini
episod 3,klik sini
episod 4,klik sini
episod 5,klik sini



          " Simpan kertas ni baik-baik". Professor Syakir menghulur sekeping kertas kecil yang beliau ambil daripada pengawal keselamatan yang berhampiran dengan bilik mereka. Rayyan memerhati kertas itu dengan teliti. Panduan lengkap untuk mencipta bom tertulis di situ.

           " Tapi kenapa abang tak ikut sekali saya pergi Palestin? ",tanya Rayyan. Dia berasa sedikit sayu kerana professor yang terkenal dengan kegeniusannya tidak turut serta dalam ekspedisi menyelamatkan bumi Anbiya'.

            " Abang bukan tak mahu. Siapa kata abang tak rindukan Palestin? Cuma..." . Prof Syakir menggantung ayatnya. Beliau melemparkan pandangan ke luar.

          " Cuma ....? " Rayyan mengulang perkataan professor itu.

           
           " Cuma abang rasa Allah tak izinkan abang pergi ke sana. Dah empat malam kita berjaga tapi setipa kali cahaya tu datang, abang dah tertidur dulu". Beliau menundukkan pandangan ke lantai. Tergambar riak sayu.

          " Tak apalah. Abang tolong saya dari jauh pun saya dah bersyukur. Biarlah saya cipta bom ni. Insya Allah,lepas bom ni siap,saya akan balik cepat-cepat".

           
           Beliau memeluk bahu Rayyan. " Yakinlah, Dia sentiasa ada. Semoga Allah permudahkan ".

           " Amin. Semoga Allah permudahkan ", doa Rayyan seakan-akan berbisik.


 ********************************************************************


           " Siapa engkau? " suatu suara menyergah Rayyan dari jauh. Rayyan yang baru sahaja keluar daripada cahaya itu tersentak. Belum sempat mengucapkan alhamdulillah,dia sudah dikejutkan dengan suara keras. Rayyan tersenyum. Fikirnya,mungkin tentera muslim.

           " Panglima Khalidkah? Saya Rayyan ! ". Jeritnya sambil melambai-lambai. Dia gembira bukan kepalang kerana dapat berjumpa semula dengan 'kembar'nya.

            Tentera-tentera yang tadi berwajah bengis masih sama riaknya seolah-olah tidak gembira dengan 
kedatangan saudara seislam mereka. Rayyan mula curiga.Dia cuba melarikan diri namun lekas tangannya dikejap dengan kuat. Dengan kekuatan dan ilmu taekwondonya, dia cuba melepaskan pegangan tetapi tidak berjaya.

            " Kurung dia di markas kita. Aku yakin dia pengintip Khalid", arah salah seorang tentera yang berbaju besi.


              ******************************************


              " Makanlah ". Suara lembut mengejutkan Rayyan daripada tidur. Dia memandang sekilas gadis di hadapannya. Terserlah kelembutan gadis itu di balik pakaian sopannya yang berwarna biru muda..Rayyan memerhati makanan itu dengan wajah yang penuh syak wasangka.

          " Makanan ni halal. Usah risau", balasnya setelah melihat reaksi Rayyan.

          Rayyan tersentak. Terasa malu dengan perbuatannya yang kurang beradab.Gadis itu tersenyum dan menyambung, " Aku myriam, anak kepada Panglima Philip ", tuturnya dalam Bahasa Inggeris.

           " Myriam ? Jadi kau muslim? " tanya Rayyan. Alangkah baiknya jika dapat bertemu dengan orang Islam di neraka dunia ini. 'Bagai bulan jatuh ke riba', bak pepatah Melayu.

          Gadis itu menggeleng. " Dulu, aku juga muslim seperti kau. Muslim yang berketurunan bani Israel tetapi panglima Philip telah membunuh ibu bapaku. Mujurlah,dia berasa kasihan kepada aku".

           " Habis, bagaimana kau boleh nerpaling pada nasrasni (kristian) ? ". Rayyan mengemaskan silanya. Pinggan yang berisi makanan ditolaknya ke tepi bagi menumpukan perhatian pada dialog mereka.

           " Ayah angkatku,Philip juga orang kuat Nasrani. Dia sangat mahir memutar-belitkan tafsiran al-Quran dan menukar sejarah Muhammad. Lama-kelamaan,aku tertipu dengan fitnahnya. Alhamdulillah, rupanya Allah masih sayangkan aku. Kau dihantar ke sini. Selama ni, aku perhatikan peribadi engkau. Aku lihat kau jauh berbeza dengan ayah. Wajahmu juga tidak sekeruh ayah "

         Rayyan mendiamkan diri. Myriam menyambung. " Makanlah dulu. Aku akan bawa kau lari daripada sini tetapi dengan dua syarat"


        " Alhamdulillah". Rayyan mengucap syukur kegembiraan. Setelah tiga hari terseksa di sini,Allah membuka jalan keluar daripada masalah ini. Eh,eh,eh. Wait a minute. Syarat?

          " Apa syaratnya? " tanya Rayyan.

          " Senang saja " Myriam tersenyum manis. " Pertama, kau bahawa aku kepada orang yang boleh mengajar aku tentang Islam".


          "Alhamdulillah", Rayyan mengucap syukur sekali lagi. Mudah sungguh syaratnya. Hanya bawa dia berjumpa ibu Khalid dan ia selesai. " Yang kedua? "


          " Ayah tak pernah kalah dalam mana-mana peperangan. Dia tonggak semangat buat tenteranya ", jelas Myriam.


        " Jadi,kau mahu aku buat apa? ",soal Rayyan.


          " Bunuh dia "


         " What? " Rayyan menelan air liur. Bunuh?



                                                                                       by : Nazrah El Husna

     *********************************************

4 comments:

Zero Kiryuu said...

hebat ko mne dpt idea bkn senang nk buat cite cam gini byk pengetahuan dperlukan ,ko mmg hebat smakin hri smakin bgus, alhamdulillah, semoga allah bklkn lgi idea utk ko, terbaek

Pena Mujaheed said...

zero kriyuu,
terima kasih. Alhamdulillah,Allah juga yang bagi idea.
terima kasih komen :)

Fara Dee said...

Nice :) Keep it up :)

Pena Mujaheed said...

thanks :)
insha Allah :)

Post a Comment