Mencari Redha Ilahi

A

Pages

Monday 7 November 2011

Darah Perjuangan (episod : 4)


          " Ya Allah,  terima kasih atas petunjuk ini," Rayyan mengakhiri doanya dengan selawat kepada nabi dan pujian buat Ilahi. Dia menghirup udara sebelum fajar yang sungguh segar. Dia memandang Prof. Syakir yang baru sahaja terlelap. Sejak dia sudah mendalami Islam,dia telah memanggil professor itu abang. Lebih-lebih lagi, umur prof Syakir itu 13 tahun lebih tua daripadanya melayakkan beliau dihormati.


           Kedamaian waktu satu pertiga malam ini begitu menggamit kalbu. Kesempatan ini diambilkan untuk menenangkan hatinya. Tiba-tiba suatu sinar muncul di hujung sudut bilik. Jantung Rayyan bagaikan diragut kasar.

           " Abang Sya...". Niat untuk mengejutkan professor itu dibantutkan. Rayyan tidak mahu beliau terjaga. Tambahan pula,tampak jelas keletihan pada wajahnya setelah berkelahi dengan pegawai hospital petang tadi.

          Rayyan berjalan perlahan-lahan mendekati cahaya itu. Hatinya berdebar-debar. Matanya silau dimasuki cahaya yang terik.


          " Aaaaaarrrrrrrgggghhhhh !!!!!!!!!!! " Dia menjerit sekuat-kuatnya..



                      *****************************




          " enta toyyib? [ engkau okay ? ] seorang lelaki bertanya kepada Rayyan. Matanya bundar, alisnya tebal dan kulitnya putih kemerah-merahan. Tuturnya dalam bahasa Arab. Jelas dia bukan orang Melayu mahupun pegawai Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan.


          " man enta ? [ siapa engkau? ], Rayyan bertanya kembali. Rayyan terlopong. " Sejak bila aku tahu cakap arab ni? ", dia berbisik sendirian. Rayyan memegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Mungkin luka terhantuk di batu atau tempat yang keras.


          Lelaki itu tertawa. Dia terpinga-pinga tidak mengerti. " Subhanallah, panglima Khalid tak ingat sahabat sendiri ke? ini sayalah, panglima Daud. "



         " Sejak bila pula nama aku khalid? dah lah panglima pula ". gerutu hati Rayyan.

        Rayyan mengangguk-angguk sahaja seolah-olah mengerti. " Bagaimana keadaan pasukan kita? " Rayyan cakap main hentam sahaja. Dia berpura-pura menjadi Panglima Khalid walaupun dia tidak pernah mendengar nama tersebut.


          " Tuan panglima tak perlu risau. Mereka sedang bersiap-sedia untuk menghadapi serangan  pihak Kristian Rom. Insha Allah, dengan bantuan-Nya, kita akan menang. " ujar panglima Daud sambil tersenyum.



          Beliau mengeluarkan pedang miliknya. " Pedang ini bakal menjadi saksi buatku di hadapan Allah kelak. Doakan  kami menang, Khalid.

           Rayyan masih membatu. Daud meletakkan tapak tangannya pada dahi Rayyan dan berkata, " Syafakallah. Moga kau dapat kembali ke medan jihad secepatnya ".


           Medan jihad ? Perang ? Jantungnya bagai diragut kasar. Sedangkan parang pun dia tidak pernah sentuh, hendak berperang ? Mampukah dia berjuang pada jalan-Nya. Mampukah?

                                         
                                                                                                   by :  Nazrah El Husna
            *************************************

episd 5,klik sini

2 comments:

.::.e~maN d'HeaRTy.::. said...

perkembangan ideanya bagus...cuba cetuskan satu plot yg mmbuatkan pembaca penuh dgn tanda tanya, apa yg bakal berlaku seterusnya, satu plot yg mmbuatkn pmbaca cuba mnjangkakan apa yg bakal penulis ceritakan...tp jawapannya x seperti yg djgka..insyaallah..pnulisan itu akn lbih mantap & mnarik pmbaca utk terus mngikuti kisahnya...
p/s: kamu ada potensi utk menulis..truskan menulis..krna pnulisan juga dpt mnjadi satu medan dakwah...^^

Pena Mujaheed said...

terima kasih atas nasihat ^^
insya Allah

Post a Comment