Mencari Redha Ilahi

A

Pages

Monday, 4 March 2013

catatan hati sang aku


                                             
  catatan hati sang aku 

          “ Ibu harap sangat anak bongsu ibu ni boleh jadi hafizah. Bolehlah bagi ibu syafaat nanti”, pesanan ibu masih terngiang-ngiang di telingaku  seolah-olah beliau masih ada di sini. Masih terasa hangat tangan ibu memeluk aku demi memujukku agar terus mempelajari kalam milik Tuhan ini. Kalau bukan kerana ibu, tidak mahu aku jejakkan kaki di sini. Kalau bukan kerana ibu, aku lebih rela menghabiskan waktu di rumah dan melakukan semula setiap hobi yang tertunda gara-gara SPM tahun lepas.

            Jauh di sudut hati, aku memberontak. Aku tidak mahu menjadi ustazah ! suatu ketika dahulu, aku merupakan salah seorang pelajar agama yang sangat mencintai bi’ah solehah. Tahajud, membaca al-quran, berpuasa sunat dan berzikir itu sentiasa kujaga rapi ibarat ia sudah sebati di dalam diri. Ibadah seolah-olah menjadi refleksi kehidupanku. Namun, diam-diam rupanya Allah Maha Mengetahui bahawa sinaran keikhlasan masih belum terbit dari lubuk hatiku.

“Adik ni macam hidup zaman untalah. “ Suatu hari kakak sulungnya bersuara. Kata-katanya disambut. Kata-katanya disambut gelak tawa bang ngah, kak cik dan bang teh. Aku sedar, bukan sekali dua dia berbicara. Bahkan berkali-kali.

Hatiku renyuk. Aku sudah tidak sanggup lagi dipulau dan dicemuh sebegini. Hati ini benar-benar. Hati ini benar-benar nekad. Penampilan ku ubah. Daripada jubah, aku memakai blouse singkat dan jeans. Tudung labuh kucampak, berganti selendang nipis bercorak vogue.

“Apa yang awak menungkan tu ?” Atiqah menegurku lantas menghilangkan segala lamunanku. Aku sekadar membalas pertanyaannya dengan senyuman. Dia lantas menarik tanganku menuju ke kafe. “ Jom, saya belanja awak makan. Aku mengangguk senang.

Atiqah Hanif merupakan satu-satunya sahabatku di sini. Tutur katanya lembut, perwatakannya sopan. Otaknya bijak mewarisi bapanya, Dr. Hanif, pakar psiakiatari terkenal di Malaysia. Oleh sebab dia datang daripada keluarga yang agak berada, maka aku senang bergaul dengannya. Yelah, enggang berkawan dengan enggang kan ?

********************************************************
“Tang!” Aku memalingkan kepala ke arah tempat pembuangan sampah. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan, aku terlihat kelibat seorang gadis berpurdah sedang mengutip sampah. Aku menggerakkan langkahku menghampirinya.

“Apa kau buat kat sini ?” Dia menundukkan kepala, cuba menyembunyikan wajahnya daripada dilihatku. Aku menjeling beg plastik di tangannya yang berisi tin-tin kosong. Aku memimikkan senyum. Sinis. “Cuma orang miskin je yang suka tempat-tempat kotor macam ni,” bisik  hatiku.

Aku mengambil dompet daripada poket bajuku. 2 keping not RM50 ku hulur dengan kasar. Dia yang dari tadi hanya menundukkan kepala, kini mula mengangkat wajah. Namun oleh sebab rasa meluat kepadanya, aku memaling tubuh membelakanginya. “sorrylah kalau kau rasa aku kurang ajar. Aku nak mintak kau berhenti cari sampah lagi. Bukan apa, aku tak sanggup asrama tu busuk bila kau masuk”. Dia masih diam. Aku menarik sengih puas. Cepat- cepat kaki ini kuderapkan menuju ke dorm. Meninggalkan dia di situ keseorangan, bersama tin-tin kosong itu.

“ Tiqaaaa !!!” Aku menyergahnya daripada belakang. Bahunya kutepuk kuat. Sengaja ku usik Atiqah yang lemah lembut itu. Tiba-tiba, wajahnya yang ayu itu membiru dan pucat tanpa setitik darah mengalir ke muka. Dia jatuh ke pangkuanku dengan longlai.
“Tiqa..” Aku menangis teresak-esak. Saya minta maaf. Saya takde niat nak buat awak macam ni”. Dia tersenyum manis seperti selalu. “Takpe, dah takdir Tiqa. Awak, nanti awak cari quran saya ye ? ada something saya simpan kat situ untuk awak..”. Suara Atiqah semakin lemah.
“ Tolong !!” aku menjerit sekuat hati. Tangannya semakin sejuk seperti ais. Kedua-dua kelopak matanya tertutup. Ketika itu, suara kecil di hatiku menyatakan dia telah pergi.

*******************************************************************
Bismillahirrahmanirrahim
Asslamualaikum warahmatullah

            Buat sahabatku, Nur Arifah yang sangat dicintai kerana Allah. Mungkin ketika surat ni sampai pada awak, saya dah tiada. Saya minta maaf selama ni saya rahsiakan penyakit saya kat awak. Sebenarnya, saya dah lama menghidap sakit jantung, sejak darjah 4 lagi.
            Awak, mama dan papa saya dah habis beribu-ribu ringgit untuk biaya kos rawatan saya. Kadang-kadang pernah terlintas di fikiran saya yang saya merupakan bebanan buat keluarga. Awak tahu apa yang saya buat ? saya kutip tin-tin kosong untuk dijual. Mungkin susah untuk awak percaya tapi memang sayalah orang yang awak Nampak kat tempat pembuangan sampah tu. Saya pulangkan duit awak balik, ye ? J
            Arifah saying, waktu saya bercucuk tanam kat dunia ni dah berakhir. Awak masih punya masa. Semoga awak mampu gunakan kesempatan yang ada untuk dapatkan redha-Nya. Doakan saya ditempatkan dalam kalangan orang yang bertaqwa. Semoga kita dapat bertemu lagi di syurga nanti. Uhibbuki fillah :’)
                                                                                                                     -Atiqah Hanif-

1 comments:

Muhammad Syamim Mohd Sabri said...

:')

Post a Comment