catatan hati sang aku
“ Ibu harap sangat anak bongsu ibu ni boleh jadi hafizah. Bolehlah bagi ibu syafaat nanti”, pesanan ibu masih terngiang-ngiang di telingaku seolah-olah beliau masih ada di sini. Masih terasa hangat tangan ibu memeluk aku demi memujukku agar terus mempelajari kalam milik Tuhan ini. Kalau bukan kerana ibu, tidak mahu aku jejakkan kaki di sini. Kalau bukan kerana ibu, aku lebih rela menghabiskan waktu di rumah dan melakukan semula setiap hobi yang tertunda gara-gara SPM tahun lepas.
Jauh di sudut hati, aku memberontak. Aku tidak mahu menjadi ustazah ! suatu ketika dahulu, aku merupakan salah seorang pelajar agama yang sangat mencintai bi’ah solehah. Tahajud, membaca al-quran, berpuasa sunat dan berzikir itu sentiasa kujaga rapi ibarat ia sudah sebati di dalam diri. Ibadah seolah-olah menjadi refleksi kehidupanku. Namun, diam-diam rupanya Allah Maha Mengetahui bahawa sinaran keikhlasan masih belum terbit dari lubuk hatiku.
“Adik ni macam hidup zaman untalah. “
Suatu hari kakak sulungnya bersuara. Kata-katanya disambut. Kata-katanya
disambut gelak tawa bang ngah, kak cik dan bang teh. Aku sedar, bukan sekali
dua dia berbicara. Bahkan berkali-kali.
Hatiku renyuk. Aku sudah tidak
sanggup lagi dipulau dan dicemuh sebegini. Hati ini benar-benar. Hati ini benar-benar
nekad. Penampilan ku ubah. Daripada jubah, aku memakai blouse singkat dan
jeans. Tudung labuh kucampak, berganti selendang nipis bercorak vogue.
“Apa yang awak menungkan tu ?” Atiqah
menegurku lantas menghilangkan segala lamunanku. Aku sekadar membalas
pertanyaannya dengan senyuman. Dia lantas menarik tanganku menuju ke kafe. “
Jom, saya belanja awak makan. Aku mengangguk senang.
Atiqah Hanif merupakan satu-satunya
sahabatku di sini. Tutur katanya lembut, perwatakannya sopan. Otaknya bijak
mewarisi bapanya, Dr. Hanif, pakar psiakiatari terkenal di Malaysia. Oleh sebab
dia datang daripada keluarga yang agak berada, maka aku senang bergaul
dengannya. Yelah, enggang berkawan dengan enggang kan ?
********************************************************
“Tang!” Aku memalingkan kepala ke
arah tempat pembuangan sampah. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan, aku
terlihat kelibat seorang gadis berpurdah sedang mengutip sampah. Aku
menggerakkan langkahku menghampirinya.
“Apa kau buat kat sini ?” Dia menundukkan
kepala, cuba menyembunyikan wajahnya daripada dilihatku. Aku menjeling beg
plastik di tangannya yang berisi tin-tin kosong. Aku memimikkan senyum. Sinis.
“Cuma orang miskin je yang suka tempat-tempat kotor macam ni,” bisik hatiku.
Aku mengambil dompet daripada poket
bajuku. 2 keping not RM50 ku hulur dengan kasar. Dia yang dari tadi hanya
menundukkan kepala, kini mula mengangkat wajah. Namun oleh sebab rasa meluat
kepadanya, aku memaling tubuh membelakanginya. “sorrylah kalau kau rasa aku
kurang ajar. Aku nak mintak kau berhenti cari sampah lagi. Bukan apa, aku tak
sanggup asrama tu busuk bila kau masuk”. Dia masih diam. Aku menarik sengih
puas. Cepat- cepat kaki ini kuderapkan menuju ke dorm. Meninggalkan dia di situ
keseorangan, bersama tin-tin kosong itu.
“ Tiqaaaa !!!” Aku menyergahnya
daripada belakang. Bahunya kutepuk kuat. Sengaja ku usik Atiqah yang lemah
lembut itu. Tiba-tiba, wajahnya yang ayu itu membiru dan pucat tanpa setitik
darah mengalir ke muka. Dia jatuh ke pangkuanku dengan longlai.
“Tiqa..” Aku menangis teresak-esak.
Saya minta maaf. Saya takde niat nak buat awak macam ni”. Dia tersenyum manis
seperti selalu. “Takpe, dah takdir Tiqa. Awak, nanti awak cari quran saya ye ?
ada something saya simpan kat situ untuk awak..”. Suara Atiqah semakin lemah.
“ Tolong !!” aku menjerit sekuat
hati. Tangannya semakin sejuk seperti ais. Kedua-dua kelopak matanya tertutup.
Ketika itu, suara kecil di hatiku menyatakan dia telah pergi.
*******************************************************************
*******************************************************************
Bismillahirrahmanirrahim
Asslamualaikum
warahmatullah
Buat sahabatku, Nur Arifah yang
sangat dicintai kerana Allah. Mungkin ketika surat ni sampai pada awak, saya
dah tiada. Saya minta maaf selama ni saya rahsiakan penyakit saya kat awak.
Sebenarnya, saya dah lama menghidap sakit jantung, sejak darjah 4 lagi.
Awak, mama dan papa saya dah habis
beribu-ribu ringgit untuk biaya kos rawatan saya. Kadang-kadang pernah
terlintas di fikiran saya yang saya merupakan bebanan buat keluarga. Awak tahu
apa yang saya buat ? saya kutip tin-tin kosong untuk dijual. Mungkin susah
untuk awak percaya tapi memang sayalah orang yang awak Nampak kat tempat
pembuangan sampah tu. Saya pulangkan duit awak balik, ye ? J
Arifah saying, waktu saya bercucuk
tanam kat dunia ni dah berakhir. Awak masih punya masa. Semoga awak mampu
gunakan kesempatan yang ada untuk dapatkan redha-Nya. Doakan saya ditempatkan
dalam kalangan orang yang bertaqwa. Semoga kita dapat bertemu lagi di syurga
nanti. Uhibbuki fillah :’)
-Atiqah Hanif-
Read more...